FRESH FACE OF FASHION
Memasuki industri fesyen dengan kecantikan semula jadi, Lori Harvey menandatangani kontrak dengan agensi LA Models dan Select Model Management ent di Eropah. Gadis berusia 20 tahun ini juga antara wajahh baru bagi kempen Dolce and Gabbana justeru menjadi tumpuan di pentas peragaan Minggu Fesyen Milan dan Paris memperagakan busana mewah itu. Mempunyai gaya fesyen chic dan santai yang tidak pernah mengecewakan, dia mengakui Marjorie Harvey juga turut menjadi inspirasi kerana cita rasa ibunya itu luar biasa.