GLAM (Malaysia)

M PAVILION: HAB FESYEN MEWAH TERBARU

PERALIHAN MUSIM MENYAKSIKA­N PERTUKARAN KOLEKSI MUSIM LALU DAN TERBARU BERSILIH GANTI. SEGAR DENGAN HIMPUNAN TERKINI DARI PENTAS PERAGAAN UTAMA DUNIA, M PAVILION KINI MENJADI HAB PALING PENTING DI ARENA FESYEN LOKAL.

- GAMBAR THE MEL IUM GROUP

Ada sebab mengapa M Pavilion berlabuh di pusat membeli belah paling terkemuka di ibu negara. Ini kerana kuasa membeli jenama mewah kini berada di genggaman peminat jenama fesyen antarabang­sa. Sejak pembukaan butik mewah di bawah naungan Melium Group pada 2014 dengan estetika reka bentuk yang kontempora­ri meliputi ready-to-wear dan pakaian malam serta aksesori untuk wanita moden. M Pavilion terus melebarkan sayap terbang tinggi dengan menampilka­n jenamajena­ma terkenal seperti AQ/AQ, Alexis, C/MEO, Paper London, Edward Achour, Camilla, Solace London dan Victoria by Victoria Beckham.

Dominasi fesyen oleh M Pavilion tidak terhenti di situ kala pelancaran butik yang diubahsuai. Menerusi rekaan dalaman dan keluasan lebih besar yakni seluas 4,777 kaki persegi berbanding butik lama yang hanya berkeluasa­n sekitar 3,663 kaki persegi, M Pavilion kini bisa menempatka­n lebih banyak pakaian dan aksesori pereka antarabang­sa. Memilih palet neutral untuk mood lebih moden, diselang-seli dengan warna gangsa dan keemasan membentuk latar belakang. Sebagai bonus kepada penggemarn­ya, M Pavilion mengemaski­ni pelbagai label pereka terkenal seperti Alaïa, Roland Mouret, Victoria Beckham, Maticevski, Jonathan Simkhai dan Ellery. Kunjungi M Pavilion hari ini dan nikmati pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan.

 ??  ?? solace london
solace london
 ??  ??
 ??  ?? Roland MoUReT
Roland MoUReT
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MaTIceVsKI
MaTIceVsKI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia