GLAM (Malaysia)

CHILD STARS GONE BAD!

-

Banyak contoh yang boleh kita jadikan teladan daripada anak-anak yang mendapat pendedahan berlebihan ini. Masih ingat si genius Sufiah Yusof yang mendapat perhatian meluas media kerana kebijaksan­aan yang ‘ dibentuk’ kedua ibu bapanya? Pada tahun 2008 kita dikejutkan dengan berita Sufiah yang dikaitkan dengan pelacuran.

Imej-imej bersih yang dicipta ibu bapa hari ini adalah tanggungja­wab yang akan dibawa oleh anak-anak ini pada masa hadapan. Jika silap sedikit sahaja mereka tidak akan lepas daripada dihukum masyarakat. Jadi sebagai ibu bapa ini adalah peranan anda untuk mengawal pendedahan yang sepatutnya diberikan pada umum jangan sampai anak-anak ini membesar dalam satu ‘ ketakutan’ melakukan kesilapan kerana mereka sudah dikenali dengan imej bersih yang dicipta ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia