GLAM (Malaysia)

Wanita Paling Glamour

-

Saya selalu percaya bahawa wanita yang glamor itu sebenarnya adalah wanita bijak. Zaman ini, anda tidak perlu menjadi pandai untuk membuat duit dan kumpul pengaruh. Hanya ‘ jual’ muka di media sosial, itu sudah mencukupi. Maka dengan hakikat itu, kelompok wanita yang benar-benar glamor itu semakin mengecil.

Tahun ini, barisan Most GLAM adalah terdiri daripada wanitawani­ta yang mengusahak­an perniagaan sendiri. Pada saya, merekalah epitome sebenar kepada glamor. Cantik, bijak, dinamik, merangka empayar sendiri dengan usaha dan titik peluh sendiri. Tiada jalan mudah untuk berjaya tetapi masih gagah mengimbang­i antara tanggungja­wab di rumah dan kerjaya.

Dan 11 wanita-wanita pilihan GLAM ini menjadi buktinya. Mereka adalah Nora Khalid, Nikola Hassan, Dahlia Nadirah, Qistina Taff, Aina Syahirah, Nikky Azura, Natasha Ozeir, Lyn Siew, Jesrina Arshad, Shena Mohd dan Alia Bastamam. Barisan wanita berjaya ini seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana yang berkeingin­an untuk membina perniagaan sendiri but still looking all glamorous while doing it!

Warga editorial GLAM juga amat teruja dengan malam gala yang bakal berlangsun­g untuk merai wanita-wanita glamor ini. Undangan sudah dilayangka­n untuk malam gala yang bakal berlangsun­g pertengaha­n November ini. Sungguh kami tidak sabar mahu melihat wanita-wanita paling bergaya Kuala Lumpur melaram dalam gaun malam paling glamor!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia