GLAM (Malaysia)

14

-

Pereka fesyen terkenal pada tahun 1960-an Mary Quant, yang mencetuska­n revolusi skirt mini diraikan menerusi pameran rekaannya di Galeri Kostum Manchester. Himpunan koleksi yang telah berlangsun­g selama 11 bulan itu menumpukan 22 helai rekaan Quant yang dihasilkan daripada material PVC, plastik dan sintetik pada lewat 1950-an sehingga 1970-an dan antaranya adalah Chelsea Look yang dipopulark­an oleh model terkenal Twiggy. Pameran ini bakal melabuhkan tirainya pada 5 November.

Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur

Sudah tentu ini merupakan khabar gembira buat para peminat kepada penyanyi dan penulis lagu British iaitu Ed Sheeran, apabila dia bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert solonya di Axiata Arena Bukit Jalil. Nikmati persembaha­n lagu-lagu hangat seperti ‘Thinking Out Loud’, ‘Shape Of You’ serta ‘Perfect’ secara live bersama teman dan keluarga anda pada malam itu! Layari www.prworldwid­elive. com untuk tempahan tiket dan keterangan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia