GLAM (Malaysia)

RETORIK

Make Up Artist atau Mak Andam?

- KHIR KHALID

ADALAH JURUSOLEK PROFESIONA­L TANAH AIR YANG TERKENAL. SILA E- MEL PENDAPAT PERIBADI ANDA KEPADA SUZIEADNAN@BLUINC.COM.MY ada yang lebih ramai daripada saya sehingga ada yang berjaya mengumpul 300k followers! Tetapi apabila saya melihat hasil kerja mereka, saya berasa bingung lebih-lebih lagi mereka ini bangga self-claimed sebagai make-up artist. Menggunaka­n platform media sosial anda senang meletakkan diri anda sebagai makeup artist. Tetapi sebenarnya mereka itu hanyalah ‘mak andam’. Anda boleh menggelark­an diri anda sebagai jurusolek apabila orang majalah fesyen menderu-deru memanggil anda, pihak tv komersil dan jenama fesyen mewah memanggil anda untuk kempen mereka. To me, once the clients started to trust you, you are there already.

Zaman saya dahulu jurusolek boleh dikira dengan jari sahaja. Ya masa tu tak ramai. Antaranya adalah Alex Eu, Razlan Bahari, Nurul Shukur, Geraldine Loy dan terbaru Yooyo solek untuk Kate Moss untuk Vogue China! Bagi saya solekan moden hari ini yang mana dua tiga tahun lagi kita akan berada di ambang 2020, rasanya kita sudah boleh buang atau kurangkan penggunaan bedak asas dan bulu mata tiga lapis sudah tidak relevan lagi. Dan negara kita dilanda dengan trend solekan korea, menggunaka­n kanta lekap untuk besarkan anak mata. Kadang-kadang saya tidak faham dengan orang kita. Muka Melayu campuran Jawa tetapi masih berangan nak solekan KPop. Prinsip solekan saya sentiasa less is more! Serlahkan kejelitaan asli pada client anda. Tetapi saya percaya cara bermekap adalah berdasarka­n selera masing-masing.

Sebagai jurusolek penting untuk saya untuk memberitah­u apa perbezaan antara makeup artist dan mak andam. Make up artist mereka ada passion into passion. Sebelum solek saya akan ambil tahu baju apa yang akan disarungka­n client, personalit­i client dan daripada situ kita akan berkarya untuk mencipta look yang sempurna buat dirinya. Jurusolek bijak mengikut trend solekan dan rona-rona terkini. Dan hasil solekan akan beri efek fresh pada client. Saya tidak memandang rendah pada mak andam kerana kita dibesarkan dengan budaya mak andam sejak daripada kecil lagi. Makcik kita kahwin dulu disolek mak andam, kakak kita kahwin juga disolek mak andam. Mak andam adalah satu karier. Apa yang ingin saya tekankan di sini, antara makeup artist dan mak andam adalah dua kerjaya yang berbeza.

Zaman sekarang sudah berubah. Orang kita dulu sanggup berbelanja untuk cantik. Mereka sanggup berhabisan untuk menyarungk­an busana daripada pereka fesyen dan untuk solekan serta dandanan. Tetapi saya melihat industri kita hari ini sedih, kerana rata-rata selebriti kejarkan baju sponsor, bayar solekan pada mak andam berbanding jurusolek profesiona­l. Saya bangga dengan selebriti yang akan menempah baju dengan pereka fesyen dan menggunaka­n khidmat makeup artist setiap kali mahu buat penampilan. Bagi saya mereka ada taste dalam berfesyen, dan mahu yang terbaik untuk tampil di hadapan khalayak.

Saya pernah berasa disisihkan or I am not welcome oleh jurusolekj­urusolek yang lebih senior daripada saya pada awal pembabitan saya. Dan apa yang saya lakukan adalah lebih bereksperi­mental dengan hasil karya saya untuk membuktika­n saya juga boleh menembusi pasaran industri fesyen. Waktu itu cabaran adalah untuk dikenali oleh editor-editor hebat majalah fesyen ketika itu. Dan tentunya semua itu tidak berlaku dalam sekelip mata sahaja kerana bukannya senang untuk menonjolka­n hasil kerja saya agar dikenali orang. Alhamdulil­lah I am where I am now, dan tidak ada niat untuk berbangga jauh sekali membesarka­n diri. Saya sentiasa terima dengan dada yang lapang kehadiran makeup-makeup artist baru. Meski ramai jurusolek baru muncul jurusolek sedia ada tidak perlu berasa disaingi kerana setiap jurusolek memiliki kekuatan DNA yang tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia