GLAM (Malaysia)

LOVE IS IN THE AIR

Musim ini Thomas Sabo MENZAHIRKA­N PERASAAN CINTA dengan rekaan yang lebih universal.

-

Pemilihan aksesori atau barangan kemas Thomas Sabo dapat menzahirka­n imej anda yang seksi dan edgy. Kepakaran mereka sejak ditubuhkan 1984 oleh tuan Thomas Sabo sendiri, insan yang bervisi tinggi, dinamik dan inovatif berjaya membawa jenama Jerman ini terus kekal di pasaran global hingga ke hari ini. Menerusi himpuan musim luruh ini, Thomas Sabo turut menyentuh perasaan penggemarn­ya dengan membangkit­kan dua rasa iaitu antara kerinduan apabila berjauhan dan semangat cinta bersama insan terdekat yang selalu ada bersama. Idea ini turut dirangkumk­an untuk hampir kesemua rekaan daripada bahan asas emas, berlian, perak 925, emas sadur hingga yang bertatahka­n batu mewah.

Di bawah rangkaian Together, ia turut ditambah dengan elemen komunikasi yang juga berkait rapat dengan semangat cinta. Rekaan bentuk hati menjadi teras yang dijelmakan dalam versi perhiasan kemas eksklusif bertatahka­n berlian 9 karat bersama emas merah. Essentials turut meliputi seleksi besar barangan kemas grafik yang memiliki lebih statement tetapi tetap berlandask­an rekaan ringkas. Mempelbaga­ikan himpunan, Mini Chakras yang diinspiras­i daripada jenama fizikal Hindu yang mewakili tujuh cakra seperti Chakra Saacral, Chakra jantung dan Chakra Crown. Pilihan yang lebih organik pula turut dihimpun dibawah rangkaian Tree of Love dimana pohon diambil sebagai simbol kesuburan dan kehidupan yang lengkap. Bagi meraikan 10 tahun Rebel at Heart, motif tengkorak hingga ke reka bentuk silang, bakal membangkit­kan gaya individual.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia