GLAM (Malaysia)

Apakah Produk Kecantikan Tempatan dan Luar Negara Sama Hebat?

- OL EH SUZIE ADNAN

TEDP ALL HOURS EXTREME BD25 F25ML Lambakan jenama alat solek tempatan memang benar-benar memberi tamparan hebat kepada jenama antarabang­sa. Pengusaha produk kecantikan sudah pandai memikirkan konsep untuk imej serta pembungkus­an agar tampak setanding dengan produk-produk popular dari luar negara. Lihat sahaja label-label tempatan seperti dUCk Cosmetic contohnya, dari kotak hingga botolnya; memang saling tidak tumpah laksana jenama antarabang­sa. Sememangny­a dunia semakin kecil. Tidak semestinya yang datang dari luar negara itu bagus dan hasil tempatan itu tidak bagus.

Namun persoalan paling penting adalah, apakah k kandungann­ya juga setanding dan sehebat produk luar? Amat m membanggak­an melihat banyak usahawan mencuba nasib dan dalam masa sama memecah dominasi jenama antarabang­sa. Saya juga ada mencuba alat solek keluaran tempatan dan saya akui banyak alat solek khususnya gincu memiliki tekstur berkualiti dan tidak kalah dengan jenama luar.

Saya hanya menulis dari konteks alat solek sahaja dan bukannya produk seperti krim, losen atau serum yang lebih kompleks kandungann­ya. Mahu saya ingatkan yang krimkrim mahal jenama antarabang­sa yang kian banyak membanjiri pasaran hari ini adalah hasil daripada penyelidik­an bertahun-tahun oleh saintis-saintis terbaik dunia. It doesn’t happen overnight, itu yang pasti. Rahsia alam diselongka­r untuk mendapatka­n kandungan paling berkesan yang kemudianny­a diadun menjadi sebuah formulasi eksklusif sebelum dibotolkan untuk masuk pasaran.

Jenama-jenama berprestij seperti Chanel, Dior dan sebagainya melaburkan berjuta-juta dolar setahun hanya untuk mengecapi efek optimum. Contohnya set rangkaian pencerahan kulit. Untuk melihat keberkesan­annya, rutin perlu diikuti secara berdisipli­n dan masa yang diambil juga agak panjang. Tetapi mengapa pula banyak produk kecantikan tempatan menjanjika­n kulit putih hanya dalam masa seminggu? Apakah rahsia cantik semudah itu untuk dirungkai? Oleh itu apa salahnya jikalau kita melabur lebih sedikit untuk krim yang mahal. Biar bayar lebih asalkan kandungann­ya jelas selamat . Better be safe than sorry!

 ??  ?? LIP CREAM DIDA KEMPEN BIBIR OLEH SYED FAIZAL TRULY DEEPLY MATTE BY SOUL COSMETICS
LIP CREAM DIDA KEMPEN BIBIR OLEH SYED FAIZAL TRULY DEEPLY MATTE BY SOUL COSMETICS
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TEDP SPONGE
TEDP SPONGE
 ??  ?? SET KECANTIKAN DUCK COSMETICS
SET KECANTIKAN DUCK COSMETICS
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia