TEKNOLOGI ORIENTAL UNTUK KULIT ASIA

GLAM (Malaysia) - - Cantik -

The History of Whoo menampilkan rutin kecantikan menggunakan teknologi tertinggi tetapi berteraskan dunia herba ginseng yang jelas sekali menjadi salah satu konsep penawar alternatif paling efektif. Stimulasi unik untuk mengekalkan keremajaan datang dari kuasa alam yang terbukti boleh menaikkan seri wajah, malah mampu merawat segala jenis masalah yang berkaitan dengan kulit.

Jika diteliti dari segi kredibiliti dan reputasi The History of Whoo, jenama terkemuka Korea ini sememangnya diiktiraf sebagai jenama kecantikan paling premium di Asia. Dengan itu, anda boleh membayangkan betapa setiap kelalang krimnya diperhebatkan dengan kandungan terbaik untuk kesan paling efektif.

Terbaru daripada The History of Whoo adalah Bichup Self-Generating Anti-Aging Essence yang memiliki empat kandungan paling berkuasa. Selain formula eksklusif Whoo yang terdiri dari pada gabungan Gongjinbidan, Gyeongokbidan dan Cheongsimbidan; produk ini turut kaya dengan Chojahabidan (bioteknologi plasenta), Cordyceps (yang merangsang pertumbuhan sel kulit baru) dan Lotus (kandungan yang membersihkan kulit).

Produk ini juga dilaksanakan sebagai ‘the great healer’ berdasarkan kemampuannya yang dilaporkan mampu mencetus hasil maksimum. November ini, Bichup Self-Generating Anti-Aging Essence Limited Edition (90ml) sudah boleh didapati di semua kaunter Whoo. Ia boleh dibeli pada harga RM880.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.