MODERN GUIDELINES
Apabila terma moden sering di asosiasi dalam setiap kemunculan rekaan, bagaimana Emporio Armani lari dari skop moden biasa lantas melahirkan barang kemasnya lebih baik daripada apa yang tersedia di pasaran?
Mendapatkan keseimbangan antara gaya feminin dan keaslian adalah hala tuju buat barang kemas Emporio Armani. Setiap rekaan dipastikan mempunyai simbol statement yakni dari rantai, gelang, anting-anting hingga rekaan cincin. Dengan itu, Modern Garden yang disampaikan musim yang tentunya berkisarkan tentang keintiman Emporio Armani dengan alam semula jadi ditambah rencah yang lebih playful semata-mata mahu wanita moden saranannya mempunyai nilai individu yang lebih tinggi. Tidak juga direka dalam kemewahan biasa, namun kebijaksanaan ketukangan yang lebih cool, bold dan estetika garisan yang lebih menonjol dan terperinci memberikan ia tampak lebih segar dan baharu. Oleh itu, bahan seperti kristal, metal, dan ibu mutiara digabung untuk mmebuatkan setiap rekaaan tampil lebih bernyawa. Himpunan musim ini juga menyelitkan sedikit rasa fantasi apabila perincian seperti unggas pepatung yang hinggap disetiap garisan barang kemas dan pautan floral pada rantai digarap cukup elegan.