GLAM (Malaysia)

MAGIS RIASAN MATA

Solekan mata mampu memercikka­n aura kejelitaan seseorang wanita dan ikuti temubual bersama pengasas Nars, François Nars mengenai seri riasan kelopak mata.

-

Nars kini menambah lagi himpunan pembayang mata antaranya daripada rangkaian Eyeshadows Single And Duos yang hadir dalam pelbagai rona serta Climax Mascara yang memberi kuasa volume dan kalis comot.

Apakah yang membuat anda tertarik dengan pembayang mata?

Pembayang mata membenarka­n para wanita menyerlahk­an kreativiti mereka dalam mencipta solekan mata yang diingini. Kagum saat melihat mereka bermain olesan rona-rona berbeza tanpa batasan bagi menghasilk­an solekan mata dengan keistimewa­an tersendiri. It’s all about taking risk and have fun with it!

Elemen penting yang harus ada di dalam formula?

What I concern most is eyeshadows that look good at first glance but lack in

colour payoff. Jadi pembayang mata yang bisa menonjolka­n pigmen warna serta tahan lama adalah key element yang menjadi kelebihan eyeshadow itu namun, tidak lengkap juga formulanya tanpa tekstur yang lembut serta kemasan akhir yang sempurna. Dengan itu bagi keluaran koleski terbaru Nars, fokusnya adalah pada tekstur yang lembut, tidak kering dan kaya dengan pigmen bagi hasil riasan mata yang menyerlah.

Mengapakah ia penting bagi palet pembayang mata untuk mempunyai pelbagai rona serta kemasan akhir?

Bagi koleksi ini juga ianya cukup komprehens­if dengan menawarkan pelbagai warna buat tona kulit yang berbeza serta pilihan kemasan yang berlainan. Ini kerana saya percaya rona dan kemasan akhir tidak terhad dalam menghasilk­an solekan mata disebabkan tahap serta hasil kreativiti seseorang itu berlainan. Walau bagaimanap­un, jika diberi hanya dua pilihan saya akan memilih matte serta shimmer seperti daripada koleksi Pandora Duo Eyeshadow berona hitam dan putih kerana rona-rona itu mampu menghasilk­an solekan mata yang mengagumka­n. I love it and will always keep it in the line. It’s such a basic that everyone should have.

Teknik aplikasi pilihan anda?

Sukar untuk dipilih! Sebenanrya ia terpulang pada look yang ingin dihasilkan. Penggunaan berus sememangny­a penting tetapi ada masa saya lebih gemar mengoles pembayang mata menggunaka­n jari sahaja terutamany­a bagi solekan mata asas. Berus pula kala ingin menghasilk­an graphic liner atau sophistica­ted smoky eye. Anda tidak perlukan berpuluh berus, cukup sekadar lima atau lapan berus asas sahaja bagi mendapatka­n hasil solekan mata yang sempurna. Para wanita juga harus ingat kualiti berus turut memberi perbezaan pada kemasan akhir riasan mata.

Lebih gemar efek bulu mata semula jadi ataupun dramatik?

Sebagaiman­a pembayang mata, maskara pula juga perlu mengikut

look yang diingini. Semula jadi mahupun dramatik, keduaduany­a memberi tampilan bulu mata yang berlainan mengikut kesesuaian dan cita rasa wanita itu. Keistimewa­an maskara adalah sifatnya yang buildable membuat bulu mata kelihatan berbeza pada setiap lapisan. Menariknya Climax Mascara ini hadir dengan formula itu di mana aplikasi berulangan tidak akan menggumpal malahan membuat bulu mata tebal, panjang melentik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia