GLAM (Malaysia)

DATIN

-

Perempuan ini memang spesis pelik ya? Berkawan tidak semestinya ikhlas. Nama sahaja kawan, walau lumrahnya di belakang pasti mengata. Depan semua muka manis, tapi hakikatnya saling membenci. Macam Datin Lyn dan Amy yang dahulunya konon berkawan baik. Bukanlah teman rapat, tetapi mereka memang satu gang lah sewaktu zaman pergi clubbing awal 2000. Kalau tengok gambar lama di Facebook, di mana Amy parti, di situ jugalah Lyn pasti mengekori. Jeans low cut, baju bareback. Konon waktu itu, merekalah geng perempuan paling hot. Sudahlah hot, berduit pula tu.

APABILA TEMAN SOSIALIT BERDENDAM SESAMA SENDIRI

Amy memang berasal dari keluarga berstatus kaya. Lyn pula lahir dalam keluarga bermasalah. Nak kata kaya, tidak pula walau gayanya mengalahka­n anak orang berharta. Mestilah penampilan top to toe semua serba berjenama, sebab selain boyfriend anak orang berada, cerita orang dia juga ‘service’ orang korporat, politik hingga ke kerabat raja. Entah betul entah tidak. Tapi tentunya buah mulut orang ini membuatkan gang partinya tidak senang duduk. Di belakang Lyn, Amy dan teman-teman lain gelarkanny­a gold digger. Panggillah apa sahaja... Lyn jiwanya kental. Kalau dia boleh survive isu-isu keluargany­a yang tak berkesudah­an, sekadar cercaan manusia, Lyn kalis emosi.

Amy pula banyak insecuriti­es. Terbang private jet, bodyguard sendiri pun ada dua orang tapi ada sahaja perkara yang tidak disenangi mengenai Lyn, walau perkara itu tiada langsung kena mengena dengannya. Tapi kata orang, jangan dijolok sarang tebuan. Entah apa masalahnya, ada satu masa Lyn dan Amy perang besar. Biasalah, jiwa muda remaja. Sesama sendiri saling mengata. Siapa lebih hot, lebih cantik, lebih kurus. Kalau mahu dibandingk­an antara keduanya, Lyn memang ada susuk tubuh yang cukup seksi. Tapi Amy pula punya poket tebal. Pagi ini terfi kir nak pergi Paris, tengahari dia booking tiket, hujung minggu sudah fly.

Lyn memang jenis yang tidak makan saman. Suami orang? Boyfriend orang? Semua dia sapu. Sampai satu ketika, pertelingk­ahan antaranya dan Amy memuncak, Lyn ambil keputusan untuk berumahtan­gga. Maybe she just wanted to piss Amy off by winning their race to the altar. Al kisahnya, lelaki yang Lyn kahwini dahulunya suami orang sebelum Lyn kacau daun hingga membuatkan isteri lelaki berkenaan dengan sendirinya angkat kaki. And of course lelaki itu berstatus, maka status Lyn berubah dari party girl ke Datin Lyn. Tak pasal-pasal, kedudukan Lyn diangkat setakuk atas berbanding Amy. Tentu sekali Amy panas hati!

Datin X ingatkan perkelahia­n zaman muda sudah lama dilupakan tapi rupa-rupanya dendam kesumat masih lagi ada. Entah mengapa tibatiba pop up gambar lama di blog-blog gosip mengenai kehidupan lampau Lyn, isteri kepada tokoh korporat, Datuk A. Banyak bual bicara di kalangan umum mempersend­akan kredibilit­i tokoh berkenaan berdasarka­n gambar lama Lyn yang cukup skanky di kelab malam dengan dress bodycon melekap tubuh. Ini mungkin cara musuh senyap Datuk untuk menjatuhka­nnya atau pun mungkin juga frenemy Lyn sengaja mahu mengecohka­n suasana?

“Betul Datin, banyak orang kata Amy yang bertanggun­gjawab bocorkan semua gambar lama tu. Siapa lagi kan? Lyn sendiri syak ‘ kawan lama’ dia punya kerja. Bila gambar dah viral, mulalah random people tanya soalan yang bukan-bukan. Sudah tu, banyak pula yang terlebih rajin nak korek cerita lama. Habis keluar cerita affair sana-sini, dengan Datuk tu, dengan Datuk ni!” Jawab Datin X, “Eh I kenal sangat budak Lyn tu. You ingat benda-benda remeh macam ni boleh bagi dia affected ke? If only you know her well…” Dan memang tepat sekali telahan Datin X. Lagi orang mengata, lagi kerap dia muat naik gambar bikininya. Datin X memang ketawa sendiri dengan gelagat si Lyn ini.

Amy, si janda anak dua juga apa kurangnya. Macam-macam benda dia buat nak dapatkan body sama hot macam musuh ketatnya. Pergi gim, upah personal trainer dan dietician (walau kami tahu yang dia buat badan dan muka di Singapura!). Selalu muat turun gambar percutian dengan skuadnya di macam-macam lokasi eksotik seluruh dunia. Shopping sana-sini macam duit tidak akan habis. Semua Amy ada, suami sahaja yang dia tak ada. Lyn pula terbalik. Semua dia ada, anak sahaja tak ada!

Walau apa pun yang berlaku di zaman muda, tak usahlah dibawa sampai ke tua. Buruk benar rupanya. Biarlah Datin Lyn memalukan dirinya sendiri di media sosial. Itu pilihan dia. Tapi apa yang Datin X sendiri kurang faham adalah Amy. Apa yang dia tak puas hati sangat sampaikan umur sudah menginjak ke angka 40 pun masih bersifat keanak-anakan. Jelas Datin X pada teman, “Inilah dia kelompok manusia yang berasakan dia entitled. Sudah-sudahlah tu. Status ada, duit ada, pengaruh ada tapi hati tak bahagia. You see darling, we can’t have it all. Meningkatn­ya usia kenalah juga mematangka­n diri. Perlu belajar untuk terima hakikat kehidupan. Something’s got to give.”

Walaupun hati sudah tidak boleh terima kawan lama, tapi tak perlulah bongkar cerita-cerita lama sehingga terselak semua kainnya. Kita pun tidak tahu nasib kita macam mana nanti. Mungkin kita bernasib baik tetapi macam mana pula ceritanya dengan anak kita nanti. Apa yang kita kena buat sekarang, saling tutup cerita terutama kisah dulu-dulu yang memalukan. Belajarlah untuk melupakan sakit hati dan lepaskan kesumat yang bersarang di dada.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia