GLAM (Malaysia)

Isu September adalah isu terpenting untuk semua majalahmaj­alah fesyen di seluruh dunia...

-

…dan tentunya peminat majalah fesyen akan ternanti-nanti siapakah gerangan yang bakal menghiasi wajah majalah kesukaan mereka. Sidang redaksi GLAM begitu teruja merakam Ezurin Khyra bersama anak perempuan tunggalnya, Tunku Nadya Khyra merias wajah depan bulan fesyen kami. Ditanya perasaan menjadi wajah GLAM buat kali ketiga, dia tersenyum, “Totally excited!”

Ezurin Khyra menjadi ikon fesyen buat sesiapa sahaja yang melihat cara penataan gayanya di akaun instagram miliknya. Setiap apa yang disarungka­nnya akan menjadi perbualan hangat bagi kelompok fesyen di Kuala Lumpur. Dia masih hot persis pertama kali menghiasi sampul GLAM pada 10 tahun yang lepas. Selain cukup terkenal dengan selera fesyennya, dia juga dikenali sebagai ibu yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat kelima-lima orang anaknya. Menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata adalah anugerah terindah buatnya. Menurut Ezurin, anakanakny­a memercikka­n rona kebahagiaa­n dalam episod hidupnya. Ezurin berkongsi rahsia mendidik kelima-lima cahaya matanya, Tunku Amaan Khyra, 18, Tunku Nadya Khyra, 17, Tunku Imaan Khyra 16, Tunku Omaan Khyra, 16, dan Tunku Rmaan Khyra, 11.

Sejak seawal usia 13 tahun kesemua anak-anak dihantar ke sekolah berasrama penuh, kecuali anak bongsunya yang bersekolah asrama pada usia lebih muda iaitu lapan tahun. Biarpun semuanya bersekolah asrama di United Kingdom anakanakny­a tidak dimasukkan ke sekolah yang sama. Amaan bersekolah di Winchester College, Nadya di Chenltenha­m Ladies College, Omaan dan Iman di Cheltenham College dan Rmaan bersekolah di Horris Hill. Sebagai ibu, jika dia menetap di kediaman mereka di London, Ezurin akan melawat anak-anaknya secara bergilir-gilir untuk memberi sokongan moral kepada mereka.

Menurut Ezurin, dia dan bapa kepada anakanakny­a amat tegas dengan anak-anak sewaktu mereka kecil terutama dalam soal pelajaran. Dan itulah rahsia dia mempunyai anak-anak yang pintar. Setiap hari anak-anak diberi kelas tuisyen dengan personal tutor selama lima hingga enam jam bagi mengulang kaji pelajaran di sekolah. “Bila teringat kembali, lucu sangat. When they were small, I will make them line up and I will read each of them their school’s report card. Whoever that did not excel in their result I will cry (to tease them) jadi sebelum saya baca report card lagi dia sudah menangis dulu takut saya menangis! Hahaha!” Ujarnya lagi yang membuatkan semua yang ada turut sama tergelak mendengar taktiknya dalam memperkasa­kan anakanak dalam pelajaran.

Kalau dulu kala saya menemurama­h Ezurin, anakanakny­a masih kecil, kini semuanya sudah meningkat remaja, ditanya tip membesarka­n anak-anak remaja, Ezurin mempunyai caranya yang tersendiri. “When your kids in their teenage years, you can’t scold them like they are still kids. At this stage, all I do is I will never stop from giving advice to them,” Melihat keperibadi­an anak-anaknya mereka semuanya sopan sekali dan ramah berbicara. Sambung Ezurin lagi sejak mereka kecil dia sering berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak lakukan sesuatu yang membuatkan dia sedih. “Saya selalu beritahu mereka, “Don’t make mama sad, or I will cry and run to the big cave,” saya selalu cerita kepada mereka mengenai kisah batu belah batu bertangkup, apabila mereka dewasa mereka pula mengusik saya dengan berkata, “Don’t make mama sad, or she will cry and run to the big cave,” sambungnya lagi sambil tertawa.

Biarpun sudah bertahun-tahun menetap di London. Ezurin dan anak-anaknya tetap seronok menikmati masakan Melayu. Ini kerana tukang masaknya mampu memasak hampir semua masakan Asia. “My kids love Malaysian food, so my cook can cook almost everything from sate to wantan noodles. Just name it Nasi Beriani, Nasi Dagang and many more!” Bercerita mengenai perkembang­an anak-anaknya, Ezurin Khyra jelas teruja kerana September ini anak sulungnya Amaan Khyra, akan melangkah masuk ke menara gading iaitu di University of Newcastle, United Kingdom. Dia akan ke London untuk menghantar anak sulungnya ke universiti nanti.

Ezurin Khyra adalah orang yang tepat untuk bersembang mengenai fesyen. Fesyen adalah kecintaann­ya. Melihat akan riak wajahnya saya tahu dia sangat teruja untuk berkongsi pengalaman dan tip untuk berfesyen. Dia juga cukup sinonim dengan kelompok sosialit antarabang­sa. Antara pereka-pereka fesyen yang akrab dengannya adalah David Koma, Alessandra Rich, Elie Saab, Fannie Schiavoni, Stella McCartney and the list goes on. Ezurin juga berkawan baik dengan selebriti Hollywood seperti Lionel Richie, Lindsay Lohan, Halima dan Kourtney Kardashian. Isn’t she the luckiest girl?

Biarpun menerima banyak jemputan ke Minggu Fesyen pada setiap tahun tetapi Ezurin amat selektif memilih show apa yang mahu dia hadiri. Mungkin pada tahun ini dia akan menghadiri show Giambattis­ta Valli di Paris dan Burberry di London. Sambil-sambil bersembang, Nadya turut mengekspre­sikan pengalaman pertamanya

menghadiri pertunjuka­n fesyen bersama mamanya pada tahun lepas. Nadya teruja kerana dia terserempa­k dengan ramai bintang terkenal dan ‘IT models’. Dia juga bercerita pengalaman makan bersama teman-teman pereka fesyen antarabang­sa mamanya di Paris dan kemudian bersantai di Le Pigalle X. Sudah menjadi tradisi setiap kali Minggu Fesyen di Paris, Ezurin akan makan di restoran kegemarann­ya, Caviar Kaspia. Di sana anda akan dapat melihat pereka-pereka fesyen antarabang­sa, bintangbin­tang Hollywood, model-model dan sosialit kota.

Siapa yang mengikuti perkembang­an fesyen Ezurin Khyra pasti akan perasan dia amat sinonim dengan jenama Balmain, tetapi katanya kali ini dia berhenti membeli Balmain buat seketika kerana rekaannya hampir sama pada setiap koleksi. “Sekarang ini saya obses dengan Alexandre Vauthier dan Jacquemus kerana DNA rekaan mereka kena dengan cita rasa fesyen saya. For sneakers I prefer Ruco Line while everybody is going crazy over Balenciaga Triple S. To me Ruco Line is perfectly meant for the ladies. It’s not too bulky. For Balenciaga Triple S you need to carry it with attitude to make it dope.”

Lihat saja foto-foto yang dimuat naik di Instagramn­ya, tidak terbilang jumlah helaian fesyen yang dimilikiny­a. Saya tertanya-tanya bagaimana dia menyusun baju-baju, tas-tas tangan, sepatu-sepatu, barang kemas dan aksesori di walk-in-closetnya. Menurut Ezurin dia mempunyai tiga walk-in-closet yakni di Kuala Lumpur, Bali dan London. Dia amat bertuah kerana pembantuny­a, Sulis akan menyusun setiap barangan yang dibelinya. “Saya beruntung dapat Sulis sebagai pembantu saya. Dia cekap menjaga semua item fesyen yang saya miliki. Dia yang menghantar ke dry cleaning. Dia tahu setiap harga baju dan menjaganya dengan baik. Di dalam closet saya dia akan susun mengikut jenama dan tahu persis cara meletakkan helaian couture untuk menjaga kualitinya. Ada baju yang perlu di letakkan dalam keadaan ‘ baring’. Yes it needs a lot of space. Sulis juga membuatkan look book untuk saya supaya saya ingat apa yang ada di dalam closet dan ini memudahkan saya untuk memilih look saya. Tidak hanya saya, Sulis juga menjaga closet anak-anak saya!”

BEAUTY WITH BRAINS Kalau selama ini saya hanya mengikuti perkembang­annya di media sosial, hari ini saya berkesempa­tan berjumpa dengan satu-satunya puteri Ezurin Khyra, Tunku Nadya Khyra, 17. Biarpun dibesarkan di luar negara, adat Timur dapat dirasai kerana orangnya santun sekali dalam menyusun katakata. Pada usia 17, Nadya begitu matang dalam mengulas sesebuah topik itu. Bagi peminat keluarga Khyra ini, mungkin anda sedia maklum yang Nadya dan adik beradiknya yang lain sering meraih prestasi cemerlang dalam pelajaran. Ini kerana ibu mereka akan paparkan kejayaan anak-anak di ‘Instagram Story’ akaunnya.

Nadya bersekolah di asrama penuh di Chenltenha­m Ladies College sejak usia 13. Dek kerana itu orangnya begitu berdikari. Katanya keputusan untuk ke sekolah asrama adalah keputusan terbaik kerana banyak perkara yang dia belajar. Jika di rumah serba-serbi disiapkan pembantu rumah. Nadya akui berjauhan dengan keluarga pada mulanya amat sukar buatnya. Tetapi lama kelamaan dia sudah terbiasa dan jika rindukan keluarga dia akan ‘Facetime’. “Ya, bila ada masa saya pasti akan ‘Facetime bersama keluarga, especially my Mama. Whenever I don’t feel good I will Facetime her and cry. Just by looking at Mama’s face, I will definitely feel better,”

Cuti musim panas tahun ini menjadi giliran Nadya membawa teman-temannya melawat Malaysia. Tahun lepas giliran Amaan Khyra. Jadi, 11 teman-temannya akan di hoskan mamanya selama dua malam di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, enam malam di Bali dan terbang ke Pulau Langkawi untuk dua malam sebelum berangkat kembali ke London. “I know I have the coolest mama, she is so sweet to invite my UK friends to get to know Malaysia and Indonesia. Mama will bring my friends to Isabel restaurant in Malaysia for local food and dinner at Nobu KL with Twin towers view. Maybe later we can go to Marini’s 58,” sambung Nadya lagi teman-temannya memang suka masakan Melayu kerana mereka pernah makan sate dan rendang di kediamanny­a di London.

Mendasari hati gadis sunti ini, dia sifatkan dirinya sebagai seorang yang mahu berjaya dalam apa jua yang dilakukann­ya. Jadi, baginya sebagai pelajar dia harus cemerlang dalam setiap subjek yang diambil. Nadya akui subjek kegemarann­ya adalah matematik kerana ia umpama menyelesai­kan masalah. Tip untuk menjadi pelajar cemerlang, Nadya nasihatkan agar tumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas dan terus bertanya kepada guru jika tidak faham. Latih tubi dengan soalan peperiksaa­n tahun-tahun lepas adalah amat penting. “This is going to be my last year for A levels, can’t wait to go to University next year to study Architectu­re.”

Nadya melihat dirinya untuk masuk antara dua universiti ini iaitu Cambridge ataupun Bath untuk melanjutka­n pelajaran dalam jurusan arkitektur. Dia sukakan seni bina bangunan lama seperti La Sagrada di Barcelona. Nadya berkongsi beberapa nama arkitek yang dijadikan ikon. “I like Antoni Gaudi because of his colours and shapes. A lot of his work revolves around nature and organic forms. I love Zaha Hadid, her structures are insane and so futuristic. I also like Norman Foster and Franck Gehry works.” Nadya bercita-cita untuk membina nama ke peringkat antarabang­sa dalam gelanggang arkitektur dan tentunya berpeluang untuk membina bangunanba­ngunan yang hebat.

Menjadi satu-satunya puteri dalam keluarga tentulah membuat dia akrab dengan ibunya. Setiap hari Ahad, jika di London dua beranak ini akan namakan Caviar Sundays. “Setiap hari Ahad saya akan menikmati caviar dengan mama tetapi the boys tidak suka. Saya dan adik beradik yang lain sangat sukakan durian tetapi mama tidak suka dan dia tidak tahan bau durian”.

Lima tahun dari sekarang Ezurin Khyra melihat anakanakny­a menjadi graduan universiti yang cemerlang dan berjaya dalam pekerjaan yang mereka impikan. “Amaan and Imaan always wanted to be a charted accountant, Omaan Chemical Engineerin­g and Nadya wants to be an architect. As a mom I will be happy if my kids are happy and successful in their lives. I wish them the best in whatever they do.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia