GLAM (Malaysia)

FOREVER YOUNG

- A N ZAL N ANASIR

TOD’S MEMBERIKAN SELEKSI GAYA YANG LEBIH MUDA UNTUK MENAKLUKI CITA RASA WANITA SEKARANG. NAMUN, TERUS KEKAL DENGAN JATI JENAMA MEREKA YANG KAYA DENGAN SENI MATERIAL KULIT BAGI MENGHANGAT­KAN GAYA MUSIM LURUH 2018.

Pagi itu, Anzalna Nasir hadir dengan gaya yang cukup chic sekali. Rambutnya disanggul ringkas, berbaju panas dengan celana denim. Langkahnya tampak elegan sekali dan siap sedia untuk beraksi di hadapan kamera GLAM. Sambil dirias, Anzalna berkongsi apa yang terbaru dalam hidupnya. Pelakon ini kini mengambil masa untuk berehat seketika dalam dunia seni untuk memberi fokus pada keluargany­a. Mungkin tahun hadapan dia akan kembali beraksi dalam lapangan lakonan. Namun, itu tidak menghalang dia untuk hadir ke acara glamor. Wajahnya kini menjadi pilihan banyak jenama mewah dan dia sendiri bijak dalam bergaya. Anzalna berpegang pada prinsip yang setiap gaya perlulah mengikut keselesaan diri dengan sentuhan elegan mengikut usia. “Paling penting dalam hal bergaya adalah untuk memiliki item klasik kerana kita mahukan sesuatu yang tidak lapuk dek zaman. Usah jadikan diri hamba fesyen. Sebab itu saya gemarkan apa yang selalu dipersemba­hkan oleh Tod’s. Jenama ini mempunyai nilai klasik fesyen sejati!” ujar Anzalna. Melihat koleksi Tod’s kali ini, dia membayangk­an satu suasana yang cukup relaks. “Himpunan baju dalam material kulit cukup lembut. Jaket-jaket mereka adalah ceraian yang mesti ada juga sesuai buat semua. Jika bercuti ke luar negara, saya sering pakai kasut Tod’s kerana selesa!” kongsinya lagi. Beg Wave adalah pilihannya untuk dibawa ketika bercuti kerana beg ini mempunyai ruang yang lebih luas serta koleksi yang baru ini diberi sentuhan elemen yang lebih muda dengan rona lembut.

 ??  ?? ANZALNA BERBAJU PANAS BERAMBU DENGAN SELUAR KULIT. BEG DOUBLE T DENGAN KEMASAN KULIT BUAYA SERTA BUT OLEH TOD’S
ANZALNA BERBAJU PANAS BERAMBU DENGAN SELUAR KULIT. BEG DOUBLE T DENGAN KEMASAN KULIT BUAYA SERTA BUT OLEH TOD’S

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia