GLAM (Malaysia)

FYZA KADIR

-

Sosok tubuh lampai masuk ke butik dengan memberi senyuman yang paling segar. “Saya baru pulang daripada bercuti dengan suami. Sepanjang bulan Julai ini kami banyak habiskan masa bersama. Hujung minggu pasti akan diisi dengan percutian,” kata Fyza Kadir membuka bicaranya. Kata Fyza lagi jika mahu bercuti paling penting adalah untuk tinggal di penginapan yang tidak terlalu sibuk, tidak mengapa jauh sedikit asalkan ada privasi. “Kalau di KL ini kami mungkin sibuk dengan hal masingmasi­ng, jadi kala bercuti saya akan pastikan masa hanya untuk suami,” kata Fyza. Tambahnya lagi ketika bercuti pun mahu kena bersiap cantik, lebihlebih dengan suami yang gemarkanny­a bersiap.

“Saya gemarkan gaya yang sofistikat­ed! Itu adalah kunci stail paling penting jika saya mahu berbelanja. Sebab itulah himpunan di Tod’s ini menjadi pilihan saya juga suami. Dia juga gemarkan sesuatu yang lebih bersifat maskulin,” ujar Fyza Kadir. Wanita GLAM ini juga gemarkan himpunan aksesori di Tod’s kerana rekaannya ringkas dan memudahkan orang ramai menggayaka­nnya. “Jika jenama lain punya seni yang eksentrik, tapi tidak buat Tod’s. Bukan sahaja seni krafnya ringkas tetapi amat indah dan mudah di suai padan.”

 ??  ?? JAKET BULU, SELUAR KULIT, BUT BULU ANAK KUDA SERTA BEG PINGGANG ILHAM TOD’S
JAKET BULU, SELUAR KULIT, BUT BULU ANAK KUDA SERTA BEG PINGGANG ILHAM TOD’S

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia