GLAM (Malaysia)

ESEN JEJAKA MERCEDES-BENZ

JATUH CINTA PADA PADANGAN PERTAMA BUKAN HANYA PADA MATA NAMUN HARUMAN JUGA PUNYA MISTERINYA.

-

Bukan pandangan pertama sahaja yang berbicara mengenai kehebatan haruman terbaru daripada Mercedes-Benz. Peralihan masa menyerlahk­an komposisi olfaktori buat sang jejaka.

Harumannya seribu maskulin. Disemat utuh dalam kelalang lutsinar dengan penutup hitam bertatahka­n logo ikonik. Segar dalam ciptaan baru yang diterjemah­kan sempurna oleh French Master Perfumer, Olivier Cresp. Wangian eksklusif ini ditunjangi nota atas bermula dengan bergamot dan beri hitam yang menghembus nafas tenaga moden, nota tengah mencetuska­n sensasi sensual menerusi esen pudina dan epal manakala nota asas diserikan dengan esen ambroksan, kasturi dan nilam. Wangian Mercedes-Benz boleh didapati di semua butik Sasa seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia