GLAM (Malaysia)

MEMO FESYEN

- OLEH AIZAT A IDID

Dior, Gucci, Louis Vuitton atau Chanel adalah jenama komersial dan label mewah itu dikenali hampir setiap orang. Walaupun ada yang tidak mampu memilikiny­a, namun nilai jenama itu tetap kuat mempengaru­hi pasaran. Mungkin kerana mahu rasa yang lebih eksklusif, banyak jenama berselera privasi dan kecil mula muncul untuk mendominas­i dunia pasaran barangan mewah. Jenama kecil namun ramai pengikutny­a ini mencermink­an trend fesyen sekarang yang tidak lagi bergantung pada jenama besar dan tanda harga yang mahal. Pembeli lebih gemarkan jenama kecil dan tidak kisah langsung berbelanja lebih untuk mendapatka­n item daripada cult ini. Antara jenama cult fesyen yang menjadi pesaing utama buat jenama besar termasukla­h Gosha Rubchinski­y, Off-White oleh Virgil Abloh ataupun Vetements.

Setiap kali barang baru dikeluarka­n oleh jenama cult ini, pastinya semua terjual dalam masa yang singkat. Malahan ramai yang sanggup beratur berjam lamanya hanya untuk mendapatka­n koleksi baju-T terbaru oleh Supreme. Apakah modus operandi yang mereka gunakan? Ia masih menjadi satu rahsia yang belum lagi dapat dirungkaik­an oleh label mewah. Namun Louis Vuitton bertindak bijak dengan mengikat Virgil Abloh menjadi Pengarah Kreatif koleksi lelaki buat Louis Vuitton. Ini dilihat satu langkah yang berani oleh label Paris yang sememangny­a terkenal dengan nilai mewah mereka. Dengan kemasukan Abloh, pasti koleksinya akan dihembus rasa kasual jalanan namun tetap bersalut nilai mewah.

Ia juga adalah nilai karakter jenama itu sendiri. Semuanya adalah mengenai attitude yang cuba ditonjolka­n oleh jenama cult fesyen ini. Mereka ini tidak menghirauk­an langsung apa orang mahu kata malah berterusan memberikan apa yang sesuai untuk pengikut jenama dan apa yang mereka mahukan. Ada banyak jenama yang bermula sebagai jenama cult telah menembusi pasaran lebih global. Ini adalah hasil daripada teknik pemasaran mereka yang mempunyai nilai istimewa dan autentik.

 ??  ?? JAMES JEBBIA ADALAH EMPUNYA KEPADA JENAMA CULT TERKENAL SUPREME DAN DIANUGERAH­KAN DENGAN PEREKA FESYEN TERBAIK KOLEKSI LELAKI OLEH CFDA 2018
JAMES JEBBIA ADALAH EMPUNYA KEPADA JENAMA CULT TERKENAL SUPREME DAN DIANUGERAH­KAN DENGAN PEREKA FESYEN TERBAIK KOLEKSI LELAKI OLEH CFDA 2018
 ??  ?? RAF SIMONS BERMULA DENGAN PEREKA FESYEN BERNILAI CULT SEHINGGA MEMECAH PASARAN DUNIA DAN MENAMBAT RAMAI PECINTA FESYEN MELLAUI KARYANYA DI JIL SANDER DAN DIOR
RAF SIMONS BERMULA DENGAN PEREKA FESYEN BERNILAI CULT SEHINGGA MEMECAH PASARAN DUNIA DAN MENAMBAT RAMAI PECINTA FESYEN MELLAUI KARYANYA DI JIL SANDER DAN DIOR
 ??  ?? GOSH A KIY HINS RUBC OLEH PUT DIJEMERRY BURB UNTU K NCAR KAN MELA KSI KOLE BUAT UL KAPS MAITU JENA
GOSH A KIY HINS RUBC OLEH PUT DIJEMERRY BURB UNTU K NCAR KAN MELA KSI KOLE BUAT UL KAPS MAITU JENA
 ??  ?? BEG PRADA
BEG PRADA
 ??  ?? BAJU LONGCHAMP
BAJU LONGCHAMP
 ??  ?? CERMIN MATA CELINE
CERMIN MATA CELINE
 ??  ?? KASUT DKNY
KASUT DKNY
 ??  ?? SUBANG GUCCI
SUBANG GUCCI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia