GLAM (Malaysia)

GLAM FESYEN

-

Jam tangan Kronometer buatan Rolex diperakui sejak kemunculan pertama pada 1945 dengan fungsi tarikh yang boleh berubah secara automatik, juga kalis air. Sehingga hari ini, di bawah payung Oyster Perpetual Datejust ia senantiasa diperbahar­ui sejajar dengan teknologi serta kehendak semasa. GLAM selami inovasi terkini yang dilanjutka­n pada seutas jam tangan timeless ini.

Bagi Rolex kemunculan rekaan baru buat menyambut tarikh sejarahnya amatlah penting. Apatah lagi buat meraikan tahun ke- 40 jenamanya dalam pasaran. Kala itu munculnya Datejust yang ditukang hebat dalam kemasan emas kuning 18 karat. Ia juga dijadikan perdebatan yang hebat mengapa siri ini perlu dibangunka­n sehingga hari ini. Dengan kehandalan Rolex yang memahami cita rasa wanita daripada dulu hingga kini, mereka cukup menegaskan tentang warisan yang hadir dalam setiap utas jam tangannya. Dengan sekilas pandang, sudah dapat mengenali itu adalah jam Rolex. Biarpun rupanya klasik tapi ia disenyawak­an sempurna langsung menonjolka­n rupa moden.

Inovasi menjadi kata kunci dalam setiap kewujudan, termasukla­h pada jam generasi baru Oyster Datejust 31 ini. Rekaan kes dan lug yang diterapkan dengan elemen terkini lah diperkemas­kan dengan pilihan emas kuning, Everose dan emas putih 18 karat. Jam kaliber 2236 turut dibalas dengan keanggunan pada dail pelbagai antaranya ibu mutiara, malachite serta bertatahka­n berlian yang menjanjika­n gaya yang lebih mewah. Turut memfokuska­n pada kaliber 2236 yakni mekanikal sendiri yang dibangunka­n sepenuhnya oleh Rolex dilengkapi Syloxi dalam silikon, juga dipatenkan dengan tahap prestasi kronometer superlatif yang menepati piawaian penentuan jam tangan.bertali dengan sistem tali boleh laras mengikut bentuk kaki dan keselesaan anda.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia