GLAM (Malaysia)

PESTA RONA PIPI

-

Solekan bukan hanya sekadar tertumpu pada bibir atau mata sahaja kerana wajah pasti tidak tampak segar dan glowing tanpa sapuan pemerah pipi. Dengan itu, sempurnaka­n solekan wajah dengan olesan pemerah pipi terbaru daripada Dior Makeup, Rouge Blush yang menetapi tona kulit wanita dengan variasi 27 rona dari pink, red plum, coral dan nude bagi efek pipi lebih terangkat dan menyerlah selain mempunyai tesktur yang berpigmen tinggi, mudah disapu dan kekal sepanjang hari, koleksi Rouge Blush turut hadir dalam tiga kemasan akhir yakni matte, satin dan shimmer. Menariknya, seleksi rona pemerah pipi ini juga sepadan dengan warnawarna gincu Rouge Dior yang cukup mengagumka­n. Kini anda bisa mencuba gabungan rona senada bagi pipi dan bibir supaya nampak lebih natural.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia