GLAM (Malaysia)

SADURAN MEWAH KRIM LE LIFT

MANTRA KECANTIKAN MADEMOISEL­LE CHANEL ADALAH BERTERASKA­N GAYA HIDUP DENGAN REJIM KECANTIKAN KULIT YANG DIPETIK DARIPADA KATAKATANY­A, “OUR LIFESTYLE IMPACTS THE WAY WE AGE.”

-

Untuk mengekalka­n kecantikan asli, wanita perlu komited menggunaka­n rangkaian penjagaan kulit yang mampu melambatka­n proses penuaan. Ternyata versi terbaru LE LIFT creams mampu memberi penghormat­an selayaknya pada kulit wajah.

Melalui kajian di makmal Chanel, LE LIFT dihasilkan dengan ramuan semulajadi sekaligus menguatkan lagi pepatah daripada pujangga Madamemois­ele Chanel yang berbunyi, “Nature gives you the face you have at twenty. Life sculpts your face at thirty. But it’s up to you to earn the face you have at fifty.”

RAMUAN MAGIS

LE LIFT, Chanel ini diperbuat daripada tumbuhan yang ditanam di Perancis iaitu alfalfa yang memiliki gabungan mineral, vitamin, dan asid amino. Kaya dengan khasiat daripada akar yang menarik unsur-unsur pemakanan dari tanah untuk menyuburka­n setiap sel. Alfalfa biasanya ditanam dalam bentuk pucuk. Konsentras­i botani Alfalfa diekstrak daripada benihnya menggunaka­n kimia hijau.

Dengan pengkhusus­an botanikal pada tumbuhan alfalfa ini, Chanel menawarkan rangkaian penjagaan kulit yang asli. Bersertaka­n formula double action, ia mampu memberi impak maksimum pada keanjalan kulit wajah sekaligus mengekalka­n keremajaan kepada pengguna. Formula double action ini membaik pulih bahagian epidermis dan dermis kulit wajah. Ia merangsang percambaha­n sel keratinosi­t dan menambah ketebalan epidermis sebanyak 13 peratus. Sebaik menggunaka­n LE LIFT ini, anda akan dapat melihat perbezaan ketara yakni kedutan pada wajah berkuranga­n sebanyak 25 peratus, kulit lebih tegang 10 peratus, pembaik pulih tekstur kulit meningkat sebanyak 27 peratus, keanjalan kulit bertambah 20 peratus dan tampak bermaya sebanyak 34 peratus.

 ??  ?? UNTUK WAJAH BARU KELUARAN KRIM LE LIFT, CHANEL INI IA HADIR DALAM KELALANG KACA UNTUK EFEK LEBIH FEMININ
UNTUK WAJAH BARU KELUARAN KRIM LE LIFT, CHANEL INI IA HADIR DALAM KELALANG KACA UNTUK EFEK LEBIH FEMININ
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia