Mercedes-Benz E 300 AMG Line diperkenalkan untuk menggantikan model E 350 plug-in hybrid yang akan dihentikan pengeluarannya. E 300 AMG Line ini dijangka bakal berada di tempat pertama bagi rangkaian model E-Class untuk segmen eksekutif premium. Anggaran harga adalah RM388,888 berbanding model sama versi CBU yang berharga RM458,888. Model E 300 AMG Line ini melengkapkan barisan yang sedia ada iaitu E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde dan E 250 Eksklusif. Spesifikasi model CKD ini hampir sama dengan versi CBU dengan hanya satu perbezaan iaitu roda aloi 20 inci berbanding 19 inci.