GLAM (Malaysia)

MELANGKAUI GAYA BEBAS

-

SEPERTI HIMPUNAN YANG TERDAHULU GIUSEPPE ZANOTTI TERUS MENJADI JUARA DALAM MEMBERIKAN REKAAN KASUT YANG TIDAK MENGIKUT ATURAN MUTLAK SEMATAMATA. SEMUANYA TEGAS DENGAN SENTUHAN PENUH KARAKTER BAGI WANITA GLAMOR. IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF GIUSEPPE ZANOTTI BERSAMA GLAM.

APAKAH INSPIRASI DI SEBALIK KOLEKSI GIUSEPPE ZANOTTI MUSIM LURUH

2018? Koleksi kali ini saya mahu menitipkan rasa yang sama serta mahu memenangi hati kontempora­ri sekarang. Maka, terhasilla­h gaya yang mempunyai elemen glamor tetapi masih nampak versatil. Kasut-kasut ini mampu meluahkan rasa bebas bergaya buat wanita dan mereka tidak perlu tunduk dengan aturan fesyen yang lapuk. SIAPAKAH PESONA WANITA BUAT

KOLEKSI YANG BARU INI? Mereka yang bijak memecah stereotaip. Wanita Giuseppe Zanotti juga adalah mereka yang punya cita rasa yang lebih luas, sudah pasti bold dan punya karakter yang tersendiri. KONGSIKAN PERINCIAN YANG MENJADI KEGEMARAN ANDA UNTUK KOLEKSI

MUSIM LURUH 2018? Buat himpunan musim luruh Giuseppe Zanotti, perincian yang menjadi fokus adalah material kulit metalik yang bertekstur mudah regang. Material ini bagaikan kulit kedua dan punyai kemasan yang lembut. Selain itu perincian lain yang menjadi pilihan saya adalah kristal dan plexi glass. KASUT PILIHAN PERIBADI GIUSEPPE ZANOTTI? Kasut mesti miliki daripada himpunan musim luruh 2018 pilihan peribadi Giuseppe Zanotti adalah kasut but Ghiaccio kerana rekaan tumit yang seakan ketulan ais memberikan rasa mewah yang lebih unik.

 ??  ?? BUT GHIACCIO PILIHAN GIUSEPPE ZANOTTI
BUT GHIACCIO PILIHAN GIUSEPPE ZANOTTI
 ??  ??
 ??  ?? KASUT TALIA
KASUT TALIA
 ??  ?? BEG TALIA
BEG TALIA
 ??  ?? KASUT TRICIA
KASUT TRICIA
 ??  ?? KASUT HARMONY BOUCHE
KASUT HARMONY BOUCHE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia