GLAM (Malaysia)

Glamor dan Kuasa Cara Giorgio Armani

Wanita Giorgio Armani mendominas­i pentas fesyen dengan sut mewah penuh glamor. Generasi demi generasi, Giorgio Armani terus mendefinis­ikan kelompok wanita berkuasa yang bijak dan glamor.

- OLEH SUZIE ADNAN GAMBAR GIORGIO ARMANI

Sut terus berkuasa di pentas Giorgio Armani. Bermula dari era 80-an kala ianya menjadi simbol wanita berkuasa, lebih tiga dekad berlalu dan kini sut Armani terus relevan sebagai perlambang­an kejayaan seorang wanita. Barisan sut Giorgio Armani kali ini lebih glamor dengan kerlipan kristal berserta fabrik mewah manakala potonganny­a terus klasik melangkaui batas trend.

Giorgio Armani terus relevan dengan stail layering yang menyuai padan ceraian gelap seperti kelabu hingga ke merah samar yang moody. Gemerlapan kristal mengimbang­i potongan lebar bersahaja Giorgio Armani sejak dulu lagi sudah mempersemb­ahkan keselesaan dalam cara yang paling high fashion. Dari pantsuit hingga ke overcoat dan helaian-helaian malamnya, setiap satu diberi suntikan maksimum glamor dalam cara yang paling klasik lagi timeless.

Jaket stail kimono dengan efek seakan cape, poncho, kot cocoon banyak yang digarap dengan potongan lengan raglan. Sesetengah helaian dihidupkan dengan fabrik metalik yang memancar spektrum beberapa warna, turut memberi penegasan adalah penciptaan garisan dalam bentuk piping. Giorgio Armani juga memberi keterampil­an signifi kan kepada corak geometri dengan susunan kekotak mahupun dengan cetakan yang lebih mikro.

Giorgio Armani menyampaik­an ilhamilham­nya menerusi cetakan yang dicipta dengan sambungan panel-panel, ada juga gaya hemming berani bersambung dengan fur atau rambu yang mencipta alunan sewaktu pergerak. Gabungan dengan material baldu turut menghangat­kan lagi sesuatu look itu untuk rupa gaya yang lebih mewah lagi glamor.

But bertali direka tinggi melewati lutut. Topi bulu bersaiz besar juga mencipta impak hebat di pentas. Warna-warna pop menjadikan keseluruha­n penampilan bertambah menarik, beg-beg fabrik mewah berselera kasual namun mewah dengan embellishm­ent mahal, manakala aksesori-aksesori dempak ditambah sebagai pemanis gaya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia