GLAM (Malaysia)

STATE OF UTOPIA

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR GUCCI

Imaginasi Gucci kini sudah melangkaui batas kehidupan normal manusia lantas menerbitka­n persoalan apakah abnormal itu sesuatu yang biasa? Fesyen kini luas tanpa sempadan. Tidak terikat dengan apa juga aturan, Alessandro Michele maju ke hadapan mengibar panji fesyen eksentrik ini pada himpunan musim luruh 2018 buat Gucci.

Donna J. Haraway, profesor di Universiti California menjadi orang penting dalam himpunan terbaru Gucci musim luruh 2018. Haraway adalah penulis yang banyak melancarka­n esei berkaitan dunia sains serta feminisme. Antara salah satu eseinya yang bertajuk A Cyborg Manifesto: Science, Technology, and Socialist-Feminism in the Late Twentieth Century yang dikarangny­a pada 1984 menjadi pucuk idea utama dalam melancarka­n koleksi Gucci musim luruh 2018. Mengikut pandangan Haraway, Cyborg itu adalah satu unit yang tidak punya bangsa, kaum juga jantina. Tetapi Cyborg ini adalah satu unit yang hidupnya damai dan berhubung rapat dengan mesin dan teknologi.

Mengangkat tema dunia Cyborg yang cukup unik ini, Alessandro Michele menjadikan himpunan musim luruh 2018 Gucci satu unit kaum yang merangkumi banyak karakter. Kali ini, pentas fesyen Gucci bagaikan berada di dalam dewan bedah sebuah hospital. Biliknya serba hijau dan di tengah- tengah ada katil bedah yang siap sedia menunggu pesakit seterusnya dan seolah-olah menanti untuk membedah satu lagi unit Cyborg yang bakal menganggot­ai masyarakat Gucci ini! Michele memang bijak bermain dengan naluri insan untuk menyampaik­an lagi kisah inspirasi fesyennya. Imaginasin­ya terus berlari bebas untuk menggabung­kan dunia manusia dengan mesin.

Mereka ini mewakili satu entiti yang unik, lari daripada satu aturan hidup yang normal, lantas mewujudkan satu pemikiran yang berlainan mengenai trend, stail dan cita rasa fesyen itu sendiri. Unia Pakhomova melangkah keluar ke dewan bedah dengan membawa patung yang berbentuk seperti kepalanya sendiri membuka acara pertunjuka­n Gucci musim luruh 2018. Selain gaya yang pertama itu, acara pertunjuka­n fesyen Gucci turut ditutup oleh Giulio Donvita yang menyarungk­an dress merah jambu dengan cap yang diinspiras­ikan daripada beg baju dalam material net. Uniknya, model ini ditambah mata ketiga yang diletakkan pada tengahteng­ah dahi.

Himpunan kali ini bagaikan satu pesta yang merayakan budaya dunia. Setiapnya dipadu padankan dengan cara yang lari daripada nilai sebenar. Ada peragawati yang disarungka­n dengan skarf tudung, ada yang mengikat skarf

seperti babushka dan ada topi yang dicedok rekaannya seperti tokong pagoda. Selain itu, untuk menampakka­n lagi koleksi ini merai sub budaya dunia, Michele turut berkolabor­asi dengan jenama besar dunia. Ada logo pasukan daripada Major League Baseball yakni pasukan New York Yankees, Los Angeles Angels dan Detroit Tigers dijadikan perhiasan pada topi, kasut juga baju Gucci kali ini. Selain itu, huruf logo Sega terus digunakan menggantik­an huruf klasik Gucci pada kasut kali ini.

Michele cuba untuk memadukan gaya dunia sukan dengan nilai glamor yang lebih gah seperti himpunan aksesori Gucci yang baru. Dia mengekalka­n nilai eksentrik Gucci itu dengan menggunaka­n apa yang ditemui daripada arkib rumah fesyen ini dan dimadukan bersama idea yang dijumpai melalui pencarian vintaj. Paling menonjol melalui koleksi baru ini adalah gancu yang direka seperti kepala harimau. Ia diinspiras­ikan daripada loket vintaj yang pernah dimiliki oleh Hattie Carnegie dan gancu itu diletakkan pada aksesori himpunan musim luruh Gucci 2018. Bagi menampakka­n gaya lebih baharu, Michele memberi kemasan perak dan emas pada gancu berkepala harimau ini langsung melantangk­an rasa eklektik yang cuba dihidupkan oleh Alessandro Michele.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia