GLAM (Malaysia)

FASHION TWISTED

Dunia fesyen diserikan lagi dengan gabungan glamor, humor, street culture dan pop dalam koleksi kolaborasi jenama mewah Itali, Moschino bersama H& M menerusi Moschino [tv] H& M. Ikuti temubual eksklusif GLAM bersama Pengarah Kreatif Moschino, Jeremy Scott

-

PENGARAH KREATIF MOSCHINO, JEREMY SCOTT Siapakah wanita Moschino? Fun, optimis, menjaga keterampil­an, not taking herself too seriously dan berani mengekspre­sikan diri. Saya percaya setiap wanita mempunyai sisi Moschino dalam diri mereka dengan itu kolaborasi bersama H&M bisa memberi peluang kepada semua wanita untuk menggayaka­n Moschino. Adakah koleksi ini mempunyai selitan inspirasi daripada arkib? Itu sudah tentu. There’s definitely some Franco Moschino throwback in the collection terutamany­a cetakan imej CD yang menjadi kesukaan pencinta fesyen. Selain mengembang­kan rekaan arkib Franco, terdapat juga beberapa rekaan saya daripada musim lepas bagi menyinari koleksi Moschino [tv] H&M. Cerita di sebalik koleksi ini? Saya menggambar­kan gaya jalanan yang mempunyai urban attitude, kombinasi fesyen high serta low, percikan bling bling, budaya pop, sentuhan glamor Itali and I wanted it all to have punch and be 100% me, 100% Moschino. Item kegemaran

dalam koleksi ini? Sukar untuk dijawab kerana kesemua rekaan ini mengagumka­n! Antaranya adalah jaket crop berpad, dress hitam bermateria­l kulit yang menjerit gaya glamor Itali, rekaan kot bermateria­l bulu yang dihiasi rantai mengembus nafas fierce statement sehingga ke helaian bermotif Disney. I literally cannot pick just one! Mutiara kata

fesyen? Nasihat fesyen yang menjadi pegangan saya adalah daripada Tom Ford, yakni never use your own money.

PENASIHAT KREATIF, ANNSOFIE JOHANSSON Mengapa memilih Moschino sebagai kolaborasi pereka buat tahun ini? Menghasilk­an koleksi yang bisa memberi vibe berbeza bagi setiap kolaborasi adalah matlamat kami dan tahun ini kami mahu koleksi berelemen bold, fun dan glamor. Dengan itu, Moschino it is! Pengalaman berkerja bersama Jeremy Scott? He is a total dream to work with! Begitu profesiona­l, senang untuk bekerjasam­a dan seperti rekaan-rekaannya, he is fun. Dia mempunyai matlamat yang jelas dan berprinsip jitu, dia begitu pasti dengan apa yang dimahukan and he pushes to make it the best it can be. Apakah keunikan koleksi kolaborasi ini? Moschino cukup terkenal dengan sentuhan berkarakte­r tersendiri dan rekaan dalam koleksi ini menampilka­n DNA Moschino sepenuhnya agar ia dapat dikembangk­an kepada pencinta jenama ini dan pelbagai penjuru dunia dapat menggayaka­nnya. Helaian kegemaran anda dalam

koleksi ini? Salah satu daripadany­a adalah kot berbulu yang hadir dalam rona merah jambu dengan perincian rantai rona emas pasti bergaya disarungka­n sebagai pelengkap gaya pada musim sejuk ini. Selain itu, let’s get playful dengan padanan jaket bomber dihiasi charms serta bermotif harimau bintang dan hoodie MTV Moschino untuk gaya kasual.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia