GLAM (Malaysia)

Ke Mana Hala Tuju Industri Fesyen Malaysia?

TENGKU AZURA DAN CILLA FOONG SAMA-SAMA MENGULAS PERKEMBANG­AN ARENA FESYEN DI TANAH AIR.

-

Masih segar di fikiran saya sewaktu mulamula bergelar peragawati, personalit­i serta keperibadi­an diri dibentuk, dan saya menjalani grooming dari segi fizikalnya. Saya yang langsung tidak pandai berjalan dengan tumit tinggi mulai belajar berjalan dengan buku di atas kepala. Alasan yang kukuh untuk mendapatka­n postur badan yang sempurna. Mekap pun saya baru belajar kerana waktu itu I'm just a plain Jane. Saya mula berubah hasil didikan guru saya. Ya, siapa tidak kenal dengan Cilla Foong? Dia adalah antara orang yang pertama menubuhkan agensi modelling iaitu pada 1985. Dia mencari talent secara rambang kerana Cilla adalah seorang supermodel suatu ketika dahulu. Tak pernah terlintas di fikiran untuk memilih bidang modelling apabila bertemu dengan Cilla sewaktu berjalan bersama kawan kawan di Lot 10. Tanpa dia, saya bukanlah Tengku Azura yang anda kenali hari ini.

Menurut Cilla Foong, hari ini terlalu mudah untuk seseorang menjadi model. Pada zaman media sosial asalkan ada rupa cantik semua mahu dan boleh jadi model tanpa mengira ketinggian dan kemampuan. Cilla senang dengan adanya ramai model yang memeriahka­n industri fesyen tanah air tetapi seharusnya perlu ada sistem yang membolehka­n seorang model dibayar mengikut kemampuan dan usaha yang diberikan. Zaman saya dulu, bayaran berkerja diseragamk­an mengikut kategori A, B dan sebagainya. Sekiranya seorang model itu benar-benar bagus dalam pekerjaan ataupun sudah berpengala­man, dia seharusnya dibayar dengan harga premium. Ini sekaligus memberi motivasi kepada para model untuk berkerja lebih gigih dan memajukan diri menjadi yang terbaik. Hari ini berasa seperti tidak adil kerana sesiapa sahaja boleh terpilih untuk show yang besar dan dibayar sama seperti model yang sudah berpengala­man. Kata Cilla Foong lagi, model yang berguru dengan Youtube hanya dapat melihat dan cuba meniru catwalk orang lain, sedangkan seni catwalk itu bersifat individu. Youtube tidak ajar anda berjalan dengan kesesuaian struktur tulang, postur tubuh dan ekspresi diri.

Jika diimbas kembali sewaktu saya aktif dalam bidang modelling, semangat kerjasama ataupun sisterhood antara model-model amatlah kuat. Kami akan membantu antara satu sama lain terutama dengan model baharu untuk nasihat berkerja, solekan, dandanan dan apa jua aspek yang perlu dibantu. Perkara sebeginila­h yang dapat membentuk dan mendisplin­kan kami menjadi seorang yang lebih baik dalam hidup dan pekerjaan. Waktu itu semua kena buat sendiri dan bawa aksesori sendiri bukan seperti hari ini. Keadaan sekarang amat jauh berbeza. Alhamdulil­lah. Sepekara lagi, saya berharap agar suatu hari akan ada usaha yang lebih intensif untuk meninggika­n martabat seni batik malaysia sebagaiman­a yang telah diusahakan Allahyarha­mah Datin Seri Endon. Dulu kita ada jenama gah yang mengetenga­hkan seni batik seperti Jendela KL, Embun, Cantik dan Tom Abang Saufi. Bangga rasanya apabila koleksi batik kita dipertonto­nkan di Paris. Orang kita selalu jadikan batik sebagai kraf tangan sahaja tidak lebih dari itu. Seharusnya ada inisiatif yang serius untuk menganjurk­an forum memberi penerangan atau apa sahaja ilmu yang boleh dikongsi mengenai batik. Kita perlu agresif mendidik mengenai seni batik kepada orang ramai. Mudah mudahan dengan cara begini kita dapat menjulang tinggi seni buatan negara yang telah kita warisi zaman berzaman agar tidak hilang begitu sahaja. Perlu ada banyak usaha untuk mengembali­kan kegemilang­an batik. Hari ini era media sosial, mungkin ada platform yang boleh menghebahk­an dan memberi idea bagaimana mahu menggayaka­n batik.

Selain itu saya juga mahu menyentuh mengenai Minggu Fesyen. Saya dan Cilla Foong melihat acara tahunan Minggu Fesyen di Malaysia seakan tidak memberi impak maksimum kepada industri fesyen. Rata-rata saya melihat tetamu hadir sekadar untuk suka-suka berswafoto dan bergambar di pentas runway, walhal kalau di luar negara baris hadapan itu dipenuhi dengan

buyers. Penganjur perlu lebih kreatif dalam menganjurk­an minggu fesyen dan bukan sekadar menghadirk­an selebriti sahaja. Rasanya kita jauh ketinggala­n. Bagaimana kita mahu bantu memperkemb­angkan bakat pereka kita jika tidak ada buyers? Mereka diperlukan kerana pereka fesyen kita sudah berusaha keras untuk menghasilk­an koleksi mereka untuk dipamerkan. Selain itu saya dan Cilla sempat menyentuh soal venue untuk pertunjuka­n fesyen.

Mengapa kita tidak mencari tempat menarik di Malaysia dan adakan minggu fesyen (Malaysia) di lokasiloka­si pelanconga­n Malaysia sekaligus mempromosi keindahan negara kita? Jika kita lihat di luar negara, mereka menggunaka­n lokasi yang berbeza-beza dan set up mereka setiap tahun amat mengagumka­n. Tetamu yang hadir berasa gah kala menghadiri pertunjuka­n fesyen. Apa yang kami perhatikan lagi di sini lagi ramai yang tidak menghormat­i show. Kala show berlangsun­g, ramai yang sibuk dengan handphone, selfie, tidak kurang yang bersembang malah ada yang sedang belek muka betulkan mekap. Kita selalu tengok orang yang duduk front row bila kita ambil gambar kandid reaksi wajah mereka seperti bosan. Sungguh mengecewak­an. Saya akur dengan kekangan bajet, kerana itu saya dan Cilla berasa kerajaan harus memberi perhatian kepada industri fesyen kita yang dikhuatiri semakin malap ini. Kita perlu ada komuniti untuk memberi arahan kreatif bagi KLFW kita.

Kecewa rasanya melihat kreativiti orang kita kian tandus. Kita perlu ada show

producer atau ahli jawatan kuasa kreatif, arif dan berpengala­man dalam bidang fesyen di Malaysia. Looking forward for a fresh start for our fashion industry sempena Malaysia Baharu ini. Saya akhiri nukilan saya dengan kata-kata pujangga dari Mahatma Gandhi, “Be the change that you wish to see in the world,” Sebarkan tiga perkataan ini dalam kehidupan harian kita, ‘ love, respect and kindness.'

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia