GLAM (Malaysia)

GRUNGE REVISITED

Titik tolak kepada kerjaya Marc Jacobs bermula sewaktu pementasan koleksi Grunge pada akhir 1992. Pertunjuka­n fesyen berkenaan antara yang paling ikonik dan ini, Marc Jacobs melancarka­nnya semula menerusi Redux Grunge Collection 1993/2018.

- OLEH SUZIE ADNAN GAMBAR M ARC JACOBS

Dekad 1990-an menyaksika­n gelanggang fesyen dipenuhi dengan rebel dan anti fesyen. Sebelum Marc Jacobs melancarka­n label sendiri, dia bernaung di bawah sayap Perry Ellis untuk berkarya. Darah muda mendorong pereka ini untuk mengilhamk­an sebuah koleksi yang menjadi memberi gambaran sebenar kepada generasi ketika itu. Koleksi berkenaan menyaksika­n rangkaian supermodel melewati pentas.

Membayangk­an Christy Turlington membuka pertunjuka­n dalam sepersalin­an yang cukup relaks, kasual dan dalam masa sama mencipta statement tertentu. Shalom Harlow melangkah dalam Converse manakala Carla Bruni dalam but Dr. Martens. Sungguh nostalgia bila melihat kembali klip lama. Namun memori itu kembali tatakala Marc Jacobs mengumumka­n mahu melancarka­n semula koleksi ikonik tersebut dengan reissued looks sebanyak 26 persalinan.

Konsep dressing down dan off- duty ini diangkat di era 1990-an apabila aliran anti conformist mulai popular secara mainstream. Dari Nirvana hingga ke Sonic Youth, muzik genre grunge mengunggul­i radio dan Marc Jacobs menjadi suara generasi di pentas high fashion. Kini 26 tahun berlalu, pereka berkenaan mengambil keputusan untuk mengembali­kan koleksi tersebut buat pasaran semasa. Koleksi istimewa ini dihasilkan seperti asal dengan ceraian-ceraian utama seperti dress kapas corak kotak, kot suede, sweater kolar V hingga ke cardigan dan celana senteng.

Aksesori-aksesori popular turut kembali menemui peminat fesyen. But-but Dr. Martens dalam warna lavender, sneakers high top dan low top dan sandal dua strap. Tidak lengkap kiranya koleksi ini tidak dilengkapi dengan beanie, barette dengan metal stud, rantai berloket dengan engraving malah ada rantai choker. Visual karikatur ilham kartunis ternama, Robert Crumb jelas didapati pada baju-T hingga ke pemegang kunci.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia