GLAM (Malaysia)

KEGEMILANG­AN HOROLOGI

Menginjak ulang tahun ke-100 pastinya menjadi tonggak penting untuk diraikan. Dan 2018 menandakan satu abad untuk jenama jam tangan Swiss Mido melemparka­n acara berprestij agar diingati.

- OLEH YUSAIRI F I TRI GAMBAR MIDO

Jenama jam tangan Mido, mungkin satu-satunya jenama jam tangan di dunia yang mengilhamk­an rekaan jam tangan berpaksika­n seni bina ikonik dunia. Diasaskan pada 11 November 1918 oleh Pengasasny­a, Georges Schaeren, Mido terus memandang ke arah masa depan dengan keyakinan sehingga kini dan menjadi bahagian penting DNA Mido selama satu abad yakni reka bentuk tim timeless, pengunaan material berkualiti da dan inovasi teknikal maju.

Ulang tahun ke-100, dirai penuh ge gemilang di Shanghai, Taipei, Mexico Ci City dan sebagai destinasi terakhirny­a, M Mido memilih Muzium ArtScience Sin Singapura di Marina Bay Sands sebagai in inspirasi untuk koleksi terbaru. Muzium Ar ArtScience bangunan ikonik yang direka ole oleh arkitek Moshe Safdie, yang berasal da dari Israel Kanada ini cukup terkenal de dengan sentuhan magisnya pada dunia ark arkitek. Rekaan Muzium ArtScience Sin Singapura unik dengan bentuk seakan bo bongkah unit blok lego gergasi tiga d dimensi berupa bunga teratai. Ia berskala mega menghala ke angkasa dengan ke kelopak yang terbuka.

Agenda sebenar ketibaan delegasi m media antarabang­sa di lokasi berprestij in ini bukan untuk meraikan rekaan ba bangunan sebaliknya segala-galanya m mengenai jam tangan Mido. Bertemakan Mido's Past, Present and Future dari rek rekaan art deco hingga jam tangan vin vintaj yang indah, Mido membawa tet tetamu menoleh kembali pada masa lal lalu menerusi retrospekt­if bergaya. Se Selingan diantara acara kemuncak, Mido mengambil kesempatan dengan memperkena­lkan koleksi jam tangan ter terbarunya, Baroncelli Lady Day and Ni Night, yang telah direka untuk wanita moden. Menarik mengenai koleksi ini, jam tangan ini dengan tiga tali yang boleh dit ditukar dengan mudah bergantung pada pa pakaian, mood atau kesesuaian anda.

Namun, Mido ada kejutan buat semua apabila pada waktu yang sama melancarka­n koleksi Rainflower yang menyaksika­n penampilan istimewa model Romee Strijd yang terkenal di peringkat antarabang­sa yang juga merupakan Victoria Secret's Angel sejak 2014 yang menggayaka­n koleksi Rainflower untuk pertama kalinya untuk parti perasmian.

KENALI BARONCELLI LADY DAY AND NIGHT Jam Baroncelli Lady Day & Night menawarkan tiga gaya yang berbeza dalam jam tangan tunggal, dengan kulit hitam separa matte, kulit merah berlapis berkilat dan satin kelabu. Casebulat keluli tahan karat berukuran 33 mm yang sempurna mendedahka­n satu dial putih mutiara yang indah dikeliling­i oleh flange putih. Keanggunan koleksi ini berpaksi pada tiga butir berlian yang bertatah pada sudut pukul angka 3, 9 dan 12. Dikuasakan oleh pergerakan kaliber automatik 80, yang menawarkan rizab kuasa sehingga 80 jam.

KEANGGUNAN RAINFLOWER Jika ditanya apakah sumber inspirasi anda? Kunci pandangan buat koleki terbaru Rainflower. Bakal berada di pasaran menjelang Mei 2019 koleksi jam tangan yang tercipta indah ini mengambil Muzium ArtScience Singapura sebagai ilham. Dengan kelopak putih terbuka ke langit Singapura, ArtScience Museum seakan terapung di atas air. Bentuk bunga teratai dan reka bentuk tulen, adalah inspirasi untuk koleksi Rainflower Mido. Air hujan dikumpulka­n di bumbung bangunan dan diguna semula. Ciri bangunan ini memberi inspirasi kepada Mido memilih nama Rainflower untuk koleksi wanita ini. Garis tulen, lengkung lembut dan keindahan tumbuhan evocation adalah titik kekuatan koleksi Rainflower.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia