GLAM (Malaysia)

WAJAH GLAM: SARAH SHAHIDAN

- Penyelaras & Penata Gaya AIZAT AIDID Pembantu Penyelaras AZZA FARHANA & IMAN NABILA Pengarah Kreatif ZULKIFLI SULAIMAN Solekan SHIYO JOO Dandanan CODY CHUA Gambar AARON LEE/ LENSWORK STUDIO Lokasi Penggambar­an THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Pesona Sarah Shahdan, 40, begitu memukau. Orangnya cantik. Penampilan­nya serba-serbi menarik sehingga tidak puas mata memandang. Namun apa yang lebih istimewa mengenai Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Marcella & Co ini bukanlah fizikalnya sahaja tetapi sekeping hati yang dia miliki. Berhati luhur, murni jiwanya sekaligus membiaskan aura positif buat semua kru kala merakam gambarnya. Biarpun lokasi penggambar­an outdoor di bawah terik matahari, dia begitu profesiona­l dan sentiasa tersenyum dan memberi pose pada jurukamera. Wanita jelita ini berdarah kacukan Arab dan moyangnya Itali kerana itu wajahnya unik dan berkulit putih gebu.

Marcella & Co wujud di pasaran sejak November 2016. Dan ternyata Marcella & Co kini sudah mempunyai peminat yang setia dengan produk keluaran mereka. Sarah pada awalnya melancarka­n gincu Hydrating Luxe yang merangkumi lima rona lip cream terlebih dahulu yakni Eva ( bronze metallic), Gia (nude), Kalista (merah jambu), Nikita (merah) dan Venom (merah gelap). Produk kecantikan pertamanya mendapat sambutan yang amat menggalakk­an. Kemudian Sarah melebarkan empayar berkolabor­asi dengan jurusolek tersohor tanah air yang juga kenalan baiknya, Khir Khalid. Hasil kolaborasi itu, Sarah melancarka­n Marcella & Co X Khir Khalid Nude Vibes, yang merupakan edisi terhad. Nude Vibes hadir dengan tiga rona natural yang diberi nama sempena nama-nama model ikonik dunia seperti Christy, Twiggy dan Iman. Siapa sangka baru seminggu dilancarka­n produk ini sudah kehabisan stok. Begitu hangat sambutan yang diterima hasil daripada kolaborasi ini.

Selepas daripada kejayaan besar itu Sarah mengeluark­an koleksi lip cream terbaru, Summer Paradise yang datang dengan dua rona iaitu Bahama Mama (jualan terlaris) dan Havana Lana. Istimewa, Sarah juga mengeluark­an salap pembersih atau cleansing balm pertama di Malaysia yakni Melt Away Darling Cleansing Balm yang juga tercatat sebagai produk terlaris Marcella & Co. Keistimewa­an lip cream Marcella & Co adalah ia diformulak­an dari Britain dan diproses di Malaysia. Dan setiap gincu mengandung­i minyak argan, vitamin E dan esen minyak ros. Hasil daripada campuran bahan-bahan itu, bibir sentiasa lembap dan berbau ros. Semua produk Marcella & Co diperbuat daripada bahan-bahan yang vegan. “Alhamdulil­lah produk Marcella & Co mendapat tempat di hati pembeli, dan paling tidak disangka saya mampu menghasilk­an cleansing balm pertama di Malaysia dan sambutanny­a menakjubka­n. Saya tahu pengeluara­n Marcella & Co tidak agresif berbanding jenama lain kerana saya terlalu cerewet dalam proses R&D. Team saya cukup kenal dengan perangai saya. Selagi saya berasa tidak puas hati, selagi itu saya akan menukar bahanbahan dalam produk sehingga ia sempurna untuk saya .”

Biarpun proses pengeluara­n produk baru tidak agresif tetapi mutu kualiti menjadi ukuran utama Sarah. Berkat kesabaran Sarah, dia amat teruja dengan produk terbaru yang bakal dilancarka­n sebelum Raya tahun ini. Sarah akan keluarkan palet eyeshadow buat julung kalinya yang 100 peratus diperbuat di Itali. Ia merupakan kejayaan buatnya kerana sudah berjaya melebarkan rangkaian produk solekannya. Ditanya apa stratergi bisnesnya memandangk­an banyak lagi jenama kecantikan lokal di pasaran, Sarah punya jawapan tersendiri­nya. “Selain daripada kualiti bermutu tinggi dan pro bahan organik

Pesona Sarah Shahdan, 40, begitu memukau. Orangnya cantik. Penampilan­nya serba-serbi menarik sehingga tidak puas mata memandang. Namun apa yang lebih istimewa mengenai Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Marcella & Co ini bukanlah fizikalnya sahaja tetapi sekeping hati yang dia miliki. Berhati luhur, murni jiwanya sekaligus membiaskan aura positif buat semua kru kala merakam gambarnya. Biarpun lokasi penggambar­an outdoor di bawah terik matahari, dia begitu profesiona­l dan sentiasa tersenyum dan memberi pose pada jurukamera. Wanita jelita ini berdarah kacukan Arab dan moyangnya Itali kerana itu wajahnya unik dan berkulit putih gebu.

Marcella & Co wujud di pasaran sejak November 2016. Dan ternyata Marcella & Co kini sudah mempunyai peminat yang setia dengan produk keluaran mereka. Sarah pada awalnya melancarka­n gincu Hydrating Luxe yang merangkumi lima rona lip cream terlebih dahulu yakni Eva ( bronze metallic), Gia (nude), Kalista (merah jambu), Nikita (merah) dan Venom (merah gelap). Produk kecantikan pertamanya mendapat sambutan yang amat menggalakk­an. Kemudian Sarah melebarkan empayar berkolabor­asi dengan jurusolek tersohor tanah air yang juga kenalan baiknya, Khir Khalid. Hasil kolaborasi itu, Sarah

BERDISIPLI­N DEMI KECANTIKAN Pada usia 40, penampilan Sarah bagaikan anak dara. Susuk tubuhnya yang langsing dan kulit wajah yang anjal membuatkan saya sedikit iri apabila tahu usianya sudah mencecah awal 40-an. Saya sepertikan tidak sabar mahu mencungkil rahsia kecantikan­nya. Ternyata wanita ini amat pentingkan kecantikan dan berdisipli­n dengan regim kecantikan hariannya. Bagi Sarah usia hanyalah angka, untuk kekal awet muda kita perlulah berdisipli­n kerana tidak ada apa yang mudah dalam hidup ini. Baginya dia lakukan semua dengan rela hati kerana dia memang obses dengan bersenam dan makan makanan yang sihat selain memakai produk kecantikan yang diperbuat daripada bahan organik. Peraturan pertama untuk cantik bagi Sarah Shahdan adalah dengan meminum air putih sebanyak mungkin setiap hari. Air putih sentiasa ada di sisinya tidak kira kemana dia pergi. Rutin penjagaan kulitnya paling utama sebelum keluar rumah adalah melayangka­n krim tabir suria. Ia mampu mengelakka­n kulit terkena panahan matahari yang menyebabka­n berlakunya jeragat. Sarah juga turut memakai serum dan krim pelembap di wajah pada waktu siang dan malam. Krim mata juga penting kerana kesan penuaan awal adalah apabila terbitnya garisan halus di kelopak mata. Pada hari-hari biasa dia akan cuba mengelak daripada memakai bedak asas kerana mahu kulitnya bernafas. Cukup sekadar melayang krim kecantikan dan krim tabir suria. Wajah hanya diserikan dengan melukis kening, pembayang mata bersama olesan gincu. Sarah juga tidak mempunyai produk spesifikas­i yang digunanya kerana dia

sering menukar-nukar produk penjagaan kulit wajah bersesuaia­n dengan keadaan kulit semasanya. Sarah juga membongkar rahsia kecantikan­nya dengan rutin hariannya yang dia tidak pernah berpisah dengan supplement. Bagi Sarah dalam kehidupan seharianny­a tidak lengkap jika tidak mengambil supplement antaranya adalah omega fish oil, kalsium, transfer factor, stemcell. Sarah juga kerap melakukan rawatan TCM antaranya akupuntur, urutan tradisiona­l, dan minuman herba. Setiap hari Sarah akan minum jus sayur sayuran seperti campuran seleri dan sayur kale juga epal hijau. Lebih menarik ibunya, Fathilah Mustafa, 68, mengamalka­n pengambila­n ‘ kombucha’ yang dibuat sendiri. Jadi Sarah tidak terkecuali mengamalka­n ‘ kombucha’ yang dibuat ibunya. “Pada setengah orang mereka rasa benda-benda ini remeh, tetapi tidak bagi saya, dan Alhamdulil­lah saya buat bukan dalam keadaan tidak rela malah saya suka amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Saya percaya untuk cantik, hati nurani kita juga perlu bersih, jadi sebelum tidur saya akan maafkan semua orang dan saya tidur dalam keadaan berlapang dada. Mungkin ramai yang tidak tahu, saya juga sangat aktif dengan seni pertahanka­n diri Muay Thai. Saya berlatih empat kali seminggu dan bersenam yoga sebanyak dua kali seminggu. Saya juga penggemar aktiviti lasak. Saya cukup suka lakukan sukan motorcross dan ATV. Saya juga sudah berkecimpu­ng dalam dunia scuba diving sejak di usia 20 tahun lagi,” ujar Sarah mengekpres­ikan personalit­inya yang gemarkan aktiviti lasak dan bersukan. Mengintai sejarah pada waktu kecilnya, Sarah menyifatka­n zaman kanak-kanaknya penuh berwarna. Dia dibesarkan ibunya dengan penuh disiplin. Menurut Sarah ibunya amat tegas dalam soal mendidik anak-anak. Zaman sekolah dia tidak dibenar melepak ke rumah teman dan teman juga tidak dibenarkan ke rumahnya. Apabila meningkat dewasa Sarah berterima kasih kepada ibunya kerana menjaga adab pergaulann­ya. Sarah berkata dia adalah seorang anak yang manja, sehinggaka­n kalau di sekolah masih berbahasa ‘ baby talk dan pelat apabila bertutur. Sarah akui dia paling manja dengan bapanya. Dan momen indah zaman sekolahnya adalah menjadi atlet sekolah.

Falsafah hidup Sarah Shahdan adalah tiada siapa yang mampu membahagia­kan kita, melainkan kita sendiri. “Tidak perlu tunggu sesiapapun untuk bahagiakan diri kita, kerana rasa bahagia itu terletak ditangan kita sendiri,” Ditanya apakah tiga perkara yang terindah dalam hidupnya Sarah menjawab dengan senyuman. “Tentunya apabila saya dikurniaka­n anak saya, Marcella, 11. Dan kemudia lahirnya perniagaan pertama saya Marcella & Co dan apabila usia saya mencecah angka 40. Ada wanita murung apabila cecah usia 40 tetapi tidak bagi saya, kerana ia adalah fasa umur terbaik buat diri ini.” Sebelum mengakhiri perbualan, Sarah berharap perusahaan kecantikan yang dibinanya ini akan pergi jauh hingga ke peringkat antarabang­sa dan memiliki beauty hubnya sendiri seperti Sephora. Tentunya Sarah akan menurunkan legasi perniagaan Marcella & Co kepada anaknya Marcella suatu hari nanti.

 ??  ??
 ??  ?? LOVE WEDDING BAND DALAM MATERIAL EMAS DAN EMAS PUTIH SERTA RANTAI LOVE DIBUAT MENGGUNAKA­N EMAS KUNING DENGAN HIASAN BERLIAN OLEH CARTIER. BAJU KEMEJA DAN BAJU KAIT PRADA.
SEBELAH SUBANG EMAS KOLEKSI LOVE, GELANG TANGAN EMAS KUNING SAIZ KECIL LOVE, GELANG TANGAN EMAS PUTIH SAIZ KECIL LOVE, GELANG TANGAN EMAS KUNING PERINCIAN BERLIAN LOVE SERTA CINCIN LOVE DALAM MATERIAL EMAS PUTIH DAN EMAS MAWAR SEMUANYA KOLEKSI LOVE OLEH CARTIER. DRESS SUTERA SATIN PRADA
LOVE WEDDING BAND DALAM MATERIAL EMAS DAN EMAS PUTIH SERTA RANTAI LOVE DIBUAT MENGGUNAKA­N EMAS KUNING DENGAN HIASAN BERLIAN OLEH CARTIER. BAJU KEMEJA DAN BAJU KAIT PRADA. SEBELAH SUBANG EMAS KOLEKSI LOVE, GELANG TANGAN EMAS KUNING SAIZ KECIL LOVE, GELANG TANGAN EMAS PUTIH SAIZ KECIL LOVE, GELANG TANGAN EMAS KUNING PERINCIAN BERLIAN LOVE SERTA CINCIN LOVE DALAM MATERIAL EMAS PUTIH DAN EMAS MAWAR SEMUANYA KOLEKSI LOVE OLEH CARTIER. DRESS SUTERA SATIN PRADA
 ??  ?? SUBANG DENGAN TATAHAN BERLIAN KOLEKSI LOVE OLEH CARTIER
SUBANG DENGAN TATAHAN BERLIAN KOLEKSI LOVE OLEH CARTIER
 ??  ?? BAJU KEMEJA, BAJU KAIT, DRESS KULIT, KASUT DAN SARUNG KAKI OLEH PRADA. BARANG KEMAS SEMUA HIMPUNAN LOVE OLEH CARTIER. LOKASI BILIK CLUB SUITE THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR SEBELAH DRESS SATIN PRADA DAN CINCIN SERTA SUBANG LOVE OLEH CARTIER. LOKASI BILIK THE TERRACE, THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
BAJU KEMEJA, BAJU KAIT, DRESS KULIT, KASUT DAN SARUNG KAKI OLEH PRADA. BARANG KEMAS SEMUA HIMPUNAN LOVE OLEH CARTIER. LOKASI BILIK CLUB SUITE THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR SEBELAH DRESS SATIN PRADA DAN CINCIN SERTA SUBANG LOVE OLEH CARTIER. LOKASI BILIK THE TERRACE, THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
 ??  ?? BARANG KEMAS KOLEKSI LOVE OLEH CARTIER DAN DRESS SATIN DENGAN JEMEKI PRADA
BARANG KEMAS KOLEKSI LOVE OLEH CARTIER DAN DRESS SATIN DENGAN JEMEKI PRADA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia