GLAM (Malaysia)

KALENDAR FEB

- OLEH A ZZA FARHANA

1 Lucio Fontana: On The Threshold Bermula daripada Februari hingga April pameran Lucio Fontana akan dipertonto­nkan di The Met Breuer, Floor 3, Floor 5 and The Met Fifth Avenue Gallery 913. Pengasas Spatialism­e dan salah satu seniman yang paling inovatif abad ke-20, Lucio Fontana (1899-1968) yang cukup popular dengan siri lukisan berlubang dari 1958 yang dikenali sebagai Cuts (Tagli) menjadi simbol selepas perang zaman. Pameran di The Met Breuer akan memaparkan contohcont­oh luar biasa daripada siri ikonik ini, dan juga akan menerangka­n sejarah Fontana sebagai pengukir dan karya-karya seninya. 10 Minggu Fesyen Kalendar Februari padat dengan acara tahunan fesyen dari New York Fashion Week (NYFW) ke London, Milan sehingga ke Paris. Acara pertunjuka­n fesyen ini tentu sekali akan dibanjiri dengan selebriti A-list, influencer­s, sosialit kota, buyers. Dan mereka ini juga akan mewarnai kerusi baris hadapan yang disertai rumah fesyen terkemuka dunia. NYFW bakal menyaksika­n Ralph Lauren, Longchamp, Tory Burch, Proenza Scouler, DVF, Prabal Gurung dan banyak lagi bagi mempersemb­ahkan koleksi terbaru mereka. 11 The Revolution Februari adalah bulan bertuah buat peminatpem­inat The Revolution yakni rock band dari Amerika Syarikat ini yang sudah wujud semenjak 1983. Mereka bakal mengakhiri rindu peminat dengan mengadakan konsert besar-besaran di Perancis Februari ini. Berlokasi di La Cigate, 120, Boulevard Rachehouar­t, Paris. Konsert akan diadakan pada 11 Februari. Lagulagu popular yang akan dipersemba­hkan adalah Little Red Courvette, I Would Die 4 U, America, Kiss, Girls & Boys dan beberapa lagi lagu hits The Revolution. 23 Black Pink Berlokasi di Stadium Melawati Selangor kumpulan kpop popular, BLACKPINK bakal menjayakan konsert sulung, BLACKPINK 2019 World Tour. Menurut penganjur, Macpiepro, konsert istimewa ini merupakan salah satu destinasi yang dipilih dalam siri jelajah Asia. Dalam persembaha­n itu, mereka akan menyanyika­n lagu-lagu popular secara solo dan remix. Selain Malaysia, BLACKPINK juga bakal menjelajah Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia