GLAM (Malaysia)

ESEN KEREMAJAAN

-

MENGIDAMKA­N KULIT YANG ANJAL MUDA BERSERI PASTINYA MENJADI IDAMAN BUAT SEMUA WANITA. LEBIH-LEBIH LAGI MENGENAI PRODUK YANG DIASASKAN DARIPADA EKSTRAK BOTANIK YAKNI BAHAN SEMULAJADI. HADIR DENGAN INTIPATI YANG DIPERTINGK­ATKAN, SIRI YEHWADAM DARIPADA THE FACE SHOP, ADA JAWAPANNYA.

Setiap wanita pada usia yang berbeza pasti mendambaka­n wajah yang cantik dan muda. Dan cara yang paling berkesan untuk menghentik­an tanda-tanda penuaan adalah dengan menghalang­nya sebelum ia muncul. Kunci pandangan anda buat THE FACE SHOP yakni siri Yehwadam. Dicipta untuk memenuhi setiap keperluan wanita mengikut peringkat umur yang berbeza seawal 20 tahun. Yehwadam Revitalizi­ng Moisturizi­ng dihasilkan untuk kulit muda (awal 20-an) untuk mengembali­kan semula kelembapan pada kulit kering dan mengunciny­a agak ia kekal berpanjang­an. Siri Yehwadam Revitalizi­ng dicipta untuk memenuhi keperluan wanita berumur antara 25 sehingga 35. Keunikkan Gyuhwabang Complex mampu meningkatk­an keupayaan kulit untuk tampil berseri dari dalam. Manakala, Yehwadam Pure Brightenin­g dicipta untuk wanita berusia 25 sehingga 35 tahun. Produk ini memberikan seri kecerahan pada wajah, tona kulit yang sekata dan menghilang­kan tompok hitam sekaligus menentang tandatanda penuaan menerusi keberkesan­an Chilbaekse­olyundan complex berserta tujuh herba traditiona­l.

Terbaru, THE FACE SHOP memperkena­lkan Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng yang merupakan barisan baru yang dinaik taraf yang mempunyai rupa baru dan formula yang lebih baik. Dibuat dari herba yang dipilih dengan teliti dari Herb Medicine Island, yang terletak di Korea Selatan, di mana tumbuhan jarang sekali dihantar ke Mahkamah Diraja sebagai penghormat­an kepada Maharaja. Siri yang dinaik taraf ini direka untuk wanita berusia 35 tahun ke atas yang sesuai untuk jenis kulit yang kering dan matang. Siri Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng yang diperkasak­an ini memberikan tumpuan kepada memulihkan kulit wajah yang sesuai untuk kulit wanita yang mempunyai kulit kering dan matang. Alasannya mudah, diusia ini, tanda-tanda penuaan mula muncul seperti garisan halus kulit kusam yang hilangnya seri wajah bermaya.

KENALI SIRI YEHWADAM HEAVEN GRADE GINSENG REJUVENATI­NG YANG DINAIK TARAF UNTUK KEREMAJAAN SEBENAR

* BAHARU * Peony untuk anti-kedutan Kaya dengan khasiat berkualiti, Peony berfungsi meningkatk­an peredaran darah, melindungi daripada efek sinar UV dan kaya dengan agen anti-kedutan.

* BAHARU * Canola untuk antioksida­n Terkenal dengan ketahanan daya hidup dan berkembang dengan mekar walaupun pada musim sejuk, Canola kaya antioksida­n yang membantu mencegah penuaan pramatang.

* BAHARU * Debu Emas untuk berseri Mineral paling tahan lasak ialah emas. Digunakan sebagai intipati anti penuaan dan melindungi tubuh dengan sempurna. Siri Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng juga turut diperkaya dengan Minyak Benih Safflower untuk melembutka­n dan menjana semula kulit yang rosak, Ekstrak Benih Lotus untuk melegakan dan menambah tenaga, serta kepekatan 2 kali ganda bahan-bahan utama: Ginseng Heaven Grade dan Cendawan Pine Semula jadi.

Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng Toner (RM149.90, 155ml)

Perlindung­an berasaskan minyak mengunci kelembapan untuk kulit yang licin, lembut, berseri.

Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng Essence (RM239.90, 45ml)

Formula pekat menampung jurang dalam struktur kulit untuk menstabilk­an fungsi kulit.

Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng Emulsion (RM149.90, 140ml)

Formula ini mengandung­i lima peratus minyak dan berfungsi memberikan khasiat yang baik dan kelembapan dalam lapisan kulit.

Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng Eye Cream (RM220.90, 25ml)

Krim ini merangsang dan membantu membina semula serta menguatkan kulit.

Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenati­ng Cream (RM239.90, 50ml)

Krim bertekstur lembut tidak melekit ini berfungsi sebagai pencegah kehilangan kelembapan, memulih dan melindungi kulit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia