GLAM (Malaysia)

MUSIC AND ART FOR ALL SOULS

Berkampung di festival musik Wonderfrui­t di Pattaya, Thailand bersama pengunjung pesta, disimbah sinaran terik matahari sambil berdansa menikmati alunan muzik, semestinya it’s my cup of tea!

-

GLAM diterbangk­an ke The Fields at Siam Country Club, Pattaya di wilayah Chonburi, Thailand sempena festival muzik Wonderfrui­t yang dibawakan bersama Mercedes-Benz Thailand. Matlamatny­a jelas, segala-galanya mengenai meraikan gaya hidup dalam stail yang paling bergaya. Unik mengenai festival ini ia dicipta untuk semua. GLAM berkongsi sebab kenapa festival ini wajib dikunjungi.

EKSPRESI FESYEN Tiada kod gaya! Fokus utama pesta muzik Wonderfrui­t adalah mengenai ekspresi diri, menikmati gaya hidup yang menyeronok­kan dan berbudi kepada alam. Daripada gaya kasual jalanan sehingga menyarungk­an kostum seakan peragawati Victoria Secret, segalagala­nya mengenai ekspresi anda.

MULTI PERSEMBAHA­N Jika dibariskan, senarai persembaha­n adalah bersifat universal. Tidak terbatas pada satu genre, namakan sahaja daripada DJ antarabang­sa seperti Goldie & The Ensemble, Huun Huur Tu and Carmen Rizzo, 3D Sound & Light Bath sehinggala­h pemuzik lokal. Segalanya tersedia untuk anda.

PERKAMPUNG­AN ELIT Buat anda yang mahukan adventure, pesta ini menyediaka­n pakej penginapan yang eksklusif mengikut kemampuan anda. Cadangan GLAM, nikmati pengalaman mewah dengan menempah The Camp Kerala Experience.

PESTA HIJAU Selain memberi penghargaa­n kepada pemuzik, pesta ini juga menekankan kepada konsep hijau. Pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang bekas plastik masuk ke dalam tapak pesta dan pengunjung digalakkan menggunaka­n cawan Wonderfrui­t yang boleh digunakan semula apabila membeli minuman; sebagai insentif tambahan, kebanyakan vendor menawarkan diskaun sebanyak 50 baht ke atas minuman apabila anda membawa bekas anda sendiri.

KOMUNITI TANPA TUNAI Semua urus niaga di Wonderfrui­t adalah tanpa tunai. Menerusi gelang tangan yang boleh dimasukkan kredit untuk pembelian sebagai contoh makanan, minuman atau cenderahat­i. Anda juga dinasihatk­an untuk tidak membuang gelang tangan selama tempoh perayaan iaitu selama empat hari kerana ia berfungsi sebagai tiket masuk. Kemudahan mesin ATM dan stesen top up disediakan untuk membolehka­n anda menambah kredit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia