GLAM (Malaysia)

Musim Fesyen Yang Kian Eksperimen­tal

-

emeriahan arena fesyen dunia masakini seolah-olah tidak akan reda dengan koleksikol­eksi ‘segera’ yang dipentaska­n, runway setting yang gah sehinggala­h ke penampilan gaya jalanan yang khabarnya sudah pun basi. Dalam era ‘anything goes’ ini, Minggu Fesyen yang dahulunya hanya di dedikasi kepada himpunan musim untuk ready-to-wear, kini sudah beberapa tahun tampil lebih eksperimen­tal. Sebuah transisi yang sungguh signifikan apabila ada yang menggabung­kan pakaian wanita bersama lelaki, muncul koleksi kapsul sampai ke couture, diselit dicelah-celah jadual Minggu Fesyen.

Dengan pelbagai movement semasa yang mengangkat mesej equality, #metoo, Black Lives Matter dan macam-macam lagi, para pereka fesyen juga semakin berhati-hati dalam menilai sesebuah ilham agar ianya tidak menyinggun­g mana-mana pihak. Minggu Fesyen juga terus meriah dengan dominasi media sosial yang menghidang­kan lapangan komentar tanpa had. Kerana sekarang ini anyone who is anybody can be a critic. Dan editor-editor GLAM juga sudah tentu diterbangk­an ke sana bagi memberi update terkini, terus dari Minggu Fesyen New York hingga ke Milan. Anda boleh ikuti cabang-cabang media sosial kami untuk menikmati laporan eksklusif daripada perspektif GLAM.

Sebagai antara sebilangan penggerak utama industri fesyen negara, GLAM sentiasa mencari wajah baharu untuk diketengah­kan. Mac ini kami menampilka­n dua model yang cukup in demand ketika ini. Dalam luar sedar, Nia dan Natalie Praba kian menempa nama sebagai top model Malaysia dengan wajah eksotik mereka. Apakah representa­si Nia dan Natalie dalam arena modeling tempatan? These girls are the new cool tanpa perlu sogokan media sosial. Hanya wajah dan imej yang bersahaja sebagai wakil kepada wajah model Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya.

 ??  ?? KKEMUNCULA­N PERTAMA NATALIE DALAM GLAM HOROLOGI 2018
KKEMUNCULA­N PERTAMA NATALIE DALAM GLAM HOROLOGI 2018
 ??  ?? NIA ANTARA FINALIS GLAM NEXT FACE 2017
NIA ANTARA FINALIS GLAM NEXT FACE 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia