GLAM (Malaysia)

INTIMASI TARI MENARI

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR DIOR

Mungkin koleksi yang menjadikan dikan dunia seni tari sebagai sumber ber inspirasi bukanlah sesuatu yang baru. Banyak sudah rumah fesyen n yang meminjam idea daripada seni ni tari dan diterjemah­kan pada koleksi fesyen mereka. Lalu, sebab inilah yang membuatkan kelompok ompok fesyen sering teruja melihat bagaimana rumah umah fesyen menyelongk­ar gerobok dunia tari dan mempersemb­ahkannya dalam cara yang berbeza-beza. Ini adalah misi penting Maria aria Grazia Chiuri di Dior, selaku pengarah g kreatif di rumah fesyen untuk menjadika menjadikan an dunia tari sebagai teras koleksi musim bunga 2019 Dior. Ada kesinambun­gan ungan daripada koleksi pra-musim bunga nga 2019 Dior yang bertemakan sukan kan kuda dan kini dunia tari, masinggmas­ing memfokuska­n sisi si kewanitaan dan atletik.

“The story comes from inside the body.” Katakata keramat Pereka Tari Sharon Eyal menjadi titik penting permulaan koleksi Dior yang membuka acara Minggu Fesyen Paris. Eyal juga berkongsi memberitah­u seni tari itu bukanlah tentang gerak badan yang sempurna, tetapi fokusnya adalah fleksibili­ti iti dan kekuatan pada setiap p gerakan yang dihidupkan oleh penari. Tidak mustahilla­h Grazia ia Chiuri mahu mendekatka­n ideanya anya pada seni tari dan lebih kukuh lagi apabila ada arkib Dior yang ng membuktika­n mendiang Christian Dior sendiri ri pernah berkolabor­asi orasi

bersama Roland and

Satu penghormat­an pada dunia tari apabila Dior menjadikan­nya paksi penting untuk koleksi musim bunga 2019 oleh Maria Grazia Chiuri di minggu fesyen Paris. Semangat tari ini membiaskan rasa feminin serta gerakan artistik yang menjadikan wanita sebagai satu elemen penuh kuasa dan terus menjadi objektif perjuangan Grazia Chiuri di Dior. Get ready to dance!

Petit untu untuk seni tari balet juga pernah mereka busana buat b Margot Fonteyn, penari dan klien Dior. Penta Pentas acara Dior dibuka dengan persembaha­n daripad daripada sekumpulan penari di bawah mata kreatif S Sharon Eyal. Semuanya menunjukka­n seni ger gerakan yang optimis dan penuh kekuatan. Namun Namun, apa yang dipersemba­hkan oleh Grazia Chiuri m memperliha­tkan sisi yang cukup lembut dan pen penuh gemalai. Gaya pertama adalah jubah kosong yang dipakaikan sekali reben atas kepala juga kas kasut leper yang dipinjam daripada kostum balet. G Gaya kedua juga dalam siluet yang sama cuma b belahan lebih besar pada leher. Ini meng menghidupk­an esen lebih ringan pada koleksi Dior musim bunga 2019. Uniform penari sepe seperti baju dalam dan sut badan dijadikan per perisai penting dalam koleksi ini dan d digayakan bersama skirt kembang tutu mahupun sut. Grazia Chiuri juga membebaska­n wanita daripada sut yang mengikut sosok badan serta membuang tulang korset dalam rekaannya kali ini. Setiap helaian tidak mengongkon­g wanita dan memberi mereka bebas seperti penari. Korset di dalam Dior digantikan dengan baju tank top yang menyokong badan wanita serta menampa menampakka­n elemen yang lebih atletik. Elemen

indah seperti teknik lisu, skirt renda berlapis dan dress bersulam applique bunga dibalas dengan satu kelompok ceraian yang lebih tegas yakni dengan penggunaan fabrik denim. Himpunan yang satu ini pula menggunaka­n motif daripada teknik celup. Masih kekal dengan dunia tari, Grazia Chiuri menterjema­hkan pandangann­ya tentang seni tari Hip Hop dengan cara mewah di Dior.

Aksesori Dior kali ini bersifat utilitaria­n serta lebih praktikal dan mudah. Bermula dengan kasut yang direka seperti berjalan di atas angin, seakan mahu menyampaik­an tentang kelembutan idea seni tari ini. Grazia Chiuri meminjam idea kasut balet dan ditambah tumit yang diperbuat daripada plastik. Reben ditambah pada bawah tumit dan boleh diikat keliling buku lali untuk mencipta gaya seakan penari balet. Beg pula banyak yang disilangka­n pada badan, seperti penari sudah siap sedia untuk berlatih. Dan bagi melengkapk­an fantasi idea tarian ini, Grazia Chiuri mereka pula reben yang biasa diikat pada kepala. Ia bakal mencipta status baru dalam dunia aksesori.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia