GLAM (Malaysia)

HAMPTON KE MEDITERRAN­EAN

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR TORY BURCH

Siap sedia untuk menikmati satu pelayaran fesyen penuh nostalgia bersama Tory Burch melalui himpunan musim bunga 2019 yang mengambil inspirasi daripada memori kembara ibu dan ayahnya. Rahsia gaya

jetset ala Hampton dibongkar dengan sentuhan yang lebih relaks sesuai untuk kembara musim bunga ini.

Di taman yang terletak di Cooper Hewitt, Smithsonia­n Design Museum menjadi lokasi pertunjuka­n koleksi musim bunga 2019 Tory Burch. Pepohonan hijau dan pasir putih menghidupk­an suasana percutian mewah. Jika rumah fesyen lain muncul dengan koleksi yang mengikut apa trend sensasi sekarang namun tidak buat Tory Burch. Jiwanya masih menjulang kunci gaya utama rumah fesyennya yakni koleksi yang fokus pada tema kembara serta kekal dengan elemen Hampton yang menjadi lokasi penting buat golongan atasan di New York untuk menghabisk­an hujung minggu. Maka tepat sangatlah lokasi yang dipilih kali ini. Di hadapan terdapat bangunan ikonik muzium dan belakang pula dihujani dengan pohon-pohon Central Park.

Sementara menanti acara bermula, kuasa Tory Burch sebagai pereka fesyen tempatan jelas kelihatan kerana ramai yang datang sebagai tanda semangat mereka. Karolina Kurkova hadir dalam dress jalur biru putih, Gemma Chan pula memilih sepersalin­an sut berona salmon, Julianne Moore nampak cukup sporty dengan gaya klasik Tory Burch dan Katie Holmes pula suci dalam stail dress kemeja putih Tory Burch. Selebriti daripada Kuala Lumpur, Scha

Al-Yahya juga terbang ke pertunjuka­n Tory Burch dalam dress bercorak bunga. Semuanya duduk dalam taman yang diindahkan dengan pohon lemon lantas membiaskan rasa taman Mediterran­ean. Gaya pertama yang keluar daripada bangunan muzium itu adalah baju putih yang dipakai bersama skirt berlisu. Uniknya baju itu ditambah dengan stail kolar baju kelasi. Ini adalah kunci penting bagi keseluruha­n himpunan Tory Burch Musim Bunga 2019. Burch mengambil inspirasi daripada momen kembara ibu dan bapanya untuk rekaannya kali ini. Apabila musim bunga tiba, Buddy dan Reva Robinson akan berlayar ke Itali, Greece dan Sepanyol. Ibu dan bapanya akan pulang dengan helaian baju yang selesa namun masih nampak chic untuk kembara. Maka terhimpunl­ah dress tunik labuh, kemeja safari serta dress renda yang menyerlahk­an rasa romantik ketika berlayar dalam kapal besar.

Dalam hala aksesori pula, Burch menawarkan kasut kanvas sneakers sebagai perisai utamanya. Selain itu ada pula topi-topi straw untuk melindungi daripada terik matahari agar sesi kembara lebih selesa. Ada juga model yang diikatkan skarf pada leher untuk melembutka­n gaya kembara ini. Keseluruha­n gaya yang dipersemba­hkan mempunyai cita rasa identiti Tory Burch yang sebenar. Wanita yang memiliki gerobok penuh helaian yang kemas adalah wanita Tory Burch sejati.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia