GLAM (Malaysia)

THE GROWN UP GIRL

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR KATE SPADE

Kate Spade New York muncul berseri dengan perlantika­n Nicola Glass sebagai pengarah kreatif buat jenama New York ini. Anjakan dalam stail yang lebih matang dengan pemilihan rona moden dan corak ikonik membentuk identiti lebih segar pada karakter Kate Spade New York. Setiap helaian diberikan aura yang selari dengan trend semasa serta punya penilaian peribadi yang unik. Ruangan Celeste Bartos Forum yang terletak di dalam bangunan The New York Public Library disimbah dengan rona ungu yang cukup feminin. Serta ada jalur metalik yang melingkar atas lantai seakan memberi tahu satu perjalanan hidup yang penuh ceria. Ini adalah pentas pertama peragaan Kate Spade New York serta adalah debut sulung Nicola Glass yang menggendon­g tugas sebagai Pengarah Kreatif Kate Spade New York. Semua ternanti-nanti koleksi ini, apatah lagi dunia baru sahaja dikejutkan dengan kematian Kate Spade, beberapa bulan sebelum koleksi Glass dipertonto­nkan pada bulan September yang lepas sempena Minggu Fesyen New York.

Saya sempat duduk bersama Glass, usai acara debutnya buat Kate Spade New York. Perkara pertama yang dia kongsi adalah melalui pertunjuka­n perdananya di Kate Spade New York, dia mahu memberi penghargaa­n kepada legasi Kate Spade. “Ada nota yang saya selitkan buat semua yang hadir ke acara itu dan tertulis She Left a Little sparkle everywhere she went lantas sebab itu kami hias lantai dengan jalur metalik untuk memberi penghargaa­n pada Kate Spade. Selain itu, saya juga menggali arkib Kate Spade New York dan melihat bagaimana kolaborasi kreatif di antara Kate Spade dengan Tim Walker. Jurugambar itu sering merakam kempen buat jenama ini,” kata Nicola Glass membuka bicaranya.

Glass berkongsi cerita yang dia memulakan perjalanan­nya di Kate Spade New York daripada sejarah silam yang sarat terkandung di dalam arkib jenama ini. “Saya melihat Kate Spade amat mengagungk­an wanita dan memiliki perasaan feminin yang cukup puitis. Saya bukan mahu mencedok segalagala­nya daripada arkib, tetapi mahu memberikan cita rasa baharu dengan nada lebih moden kepada wanita Kate Spade New York hari ini. Saya akan sentiasa berinspira­si dengan apa yang ada dalam arkib dan sentiasa berpegang pada rekaan yang punya elemen baru,” kata Nicola Glass. Ia jelas kelihatan pada penggunaan motif ikonik daun Kate Spade New York yang digubah lebih feminin. Gaya pertama debut adalah dress hitam dengan corak daun ikonik Kate Spade New York dalam rona merah jambu. Serta gancu begnya juga diperbuat daripada daun ikonik Kate Spade New York yang boleh dilaraskan untuk memberi ilusi lebih privasi.

Antara tugas penting setiap pengarah kreatif adalah untuk mengekalka­n identiti setiap jenama itu agar tidak lari jauh daripada akarnya. Tugasan inilah yang paling dititik beratkan Glass bagi mengekalka­n identiti Kate Spade New York. “Paling utama adalah untuk melihat elemen penting dalam legasi Kate Spade New York. Contoh terbaik adalah bagaimana Kate Spade New York cukup meraikan penggunaan rona. Mendiang Kate Spade bijak dalam penataan gaya rona dan ia dilihat amat sofistikat­ed. Palet rona ini adalah cara paling bijak dalam membiaskan perasaan wanita dan saya mahu mengekalka­nnya sebagai satu paksi penting di Kate Spade New York. Cara saya adalah bekerja dengan pasukan kreatif dan gabungkan pemilihan rona yang luar daripada jangkaan.” Ini terlihat pada gabungan dress kuning lemon yang dimadukan bersama jaket lut sinar rona merah jambu dan kasutnya pula dalam simbahan rona ungu. Dan Glass juga akan memberi fokus untuk mewujudkan cetakan baru di Kate Spade New York agar tampil lebih matang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia