GLAM (Malaysia)

NAFAS GLAM EXPLORER

Mengangkat dunia glamor nomad sebagai nadi koleksi yang tidak berkomprom­i dengan kombinasi effortless, all-eyes-onme statement pieces dan utiliti yang serba boleh. koleksi H& M studio bunga/panas 2019, adalah segalanya buat wanita GLAM.

- OLEH YUSAIRI F I TRI GAMBAR H& M S TUDIO

Kata kunci buat koleksi terbaru daripada H& M musim ini pastinya berpaksi pada gaya effortless glamor. H& M bijak dalam percaturan menebak selera penggemar fesyen dengan menawarkan sesuatu yang luar biasa apabila koleksi H& M Studio kali ini menempiask­an semangat kembara yang eksklusif. Segala-galanya adalah mengenai wanita yang gemarkan kembara, bersemanga­t, berkuasa dan menjelajah dari satu benua ke satu benua. Dan di dalam dirinya, terbit sikap ingin tahu, mengembara meneroka dan dalam masa yang sama dia tidak menyisihka­n sensasi glamor yakni gayanya. Dia akan sentiasa pastikan sentuhan glamor ada bersamanya. Ceraian yang membalutin­ya kala kembara membiaskan selera yang extra playful dan it’s just about picking the pieces to suit our personal adventure. Koleksi H& M Studio bunga/panas 2019 mengambil inspirasi daripada keindahan landskap di sebuah gurun, yakni kolam penyejatan Potash di Utah, Arizona. “Warnawarna pelangi dalam landskap Canyon merah itu amat mengagumka­n dan ia membawa kita berfikir tentang escapism dan wanderlust. Apabila membuat koleksi itu, kami berfikir tentang wanita yang nalurinya selalu dicuit keinginan untuk meneroka - tidak kira sama ada berkaki ayam di pantai Borneo atau bermalas-malas

di kolam mahupun spa mewah. Wanita ini memiliki segalagala­nya,” ujar Angelica Grimborg, Pereka Konsep H& M Studio. Titik fokal koleksi kali ini memberi penekanan pada kembara yang lebih glamor daripada petualang klasik. Padanan kemeja putih polos bersama corak safari yang memberikan nafas baru dalam kunci gaya. Apabila malam menjengah, nafas glamor mengambil tempat menerusi ceraian yang mempesona, lewat jaket khaki yang diinspiras­ikan daripada ikon gaya Bianca Jagger. Motif safari berlegar di antara kod gaya utama koleksi ini. Ceraian utama pada koleksi kali ini pastinya pada gaya bermula kala matahari terbit sehingga terbenamny­a matahari hari itu. Terdapat jaket utiliti berstruktu­r dengan rona yang menarik. Bagi mencipta gaya lebih santai, ceraian jaket bisa dipadankan bersama legging untuk menahahan menahan diri daripada diterpa angin ding dingin. Gaya all-hour glamor menerusi skirt sarat labuci, kain sarung motif zebra melaungkan nafas haute dalam penggayaan walaupun berada di destina destinasi terpencil. Lebih istimewa, haru haruman H&M Studio bunga/pa bunga/panas 2019 mewah dengan deng pati bergamot bergamot, amber dan kasturi yang dicipta oleh Nisrine Gri Grillé Givaudan m melengkapk­an misi glam explorer cara H&M.

Christian Dior membongkar satu lagi penemuan terbaharu menerusi estrak bunga mawar Granville yang menjanjika­n kecerahan berganda menerusi Dior Prestige Light-In-White La Solution Lumière. Yana Baharudin mengikuti kembara Dior Skincare Scientific Summit 2018 di Shanghai untuk mengetahui lebih dalam.

Menurut kajian, bunga mawar adalah bunga yang hidup 35 juta tahun dahulu dan lebih 36 ribu jenis bunga ros dijumpai di serata dunia. Mempunyai sifat ketahanan yang tinggi, kaya khasiat serta mempunyai agen aroma yang cukup kuat, ia antara bunga yang banyak diformulas­ikan dalam produk kecantikan serta menjadi bahan dalam semburan mewah. Tidak terkecuali buat jenama Christian Dior. Bunga ros bagaikan sudah menjadi darah daging buat mendiang Christian Dior terutama dalam penciptaan karyanya. Menyuntik bentuk dan lekuk kelopak bunga mawar, cetakan dan perincian yang sudah cukup sinonim terutama dalam penghasila­n adibusana Dior. Bunga yang menghidupk­an kuasa cinta ibunya turut mengalir dalam diri mendiang Christian Dior waktu itu. Malah, aroma bunga ini juga dihidu setiap kali angin laut menderu lalu menghembus aroma mawar yang tumbuh liar di tebing rumah agam Grandville.

Bunga mawar Dior mempunyai kualiti yang cukup tinggi. Tumbuh liar tanpa campuran baja buatan ini menjadikan ia lebih unik. Angin, tanah, garam serta kualiti air tanpa pencemaran ini di kaji selama tujuh keturunan bagi memastikan ia selamat digunakan sebagai bahan utama rangkaian Dior Prestige. Bagi memelihara krafnya juga, penelitian terhadap setiap proses pembiakan serta pengambila­n estraknya cukup rapi. Dalam sehari, Cuma satu jam sahaja waktu yang paling sesuai buat menuai kelopak segar ini yakni diantara jam sebelas pagi. Proses saringan juga harus dibuat dengan penuh teliti agar setiap titisan estrak lebih bermutu tinggi.

Proses penghasila­n Dior Prestige Lightin-White La Solution Lumière ini dilakukan setelah kajian menunjukka­n lebih 60 peratus wanita Asia berhadapan dengan kemelut kulit yang semakin kusam dan gelap. Lalu bunga mawar putih serta lili laut dijadikan bahan bunga utama buat menghalang kulit daripada mengalami radangan yang berterusan. Apabila kulit terdedah kepada matahari atau pencemaran, ia memudahkan pembentuka­n melanin. Dengan itu, kulit yang sensitif akan melepaskan bahan P, neuroppept­ide yang dapat mengaktifk­an an melanocyre­s lalu terbentukn­ya bintikkbin­tik hitam. Proses ini juga dipanggil ggil neurospott­ing. Pakar sains Dior cuba uba menyelesai­kan masalah ini langsung gsung bekerjasam­a dengan Hôpital Saint-Louis di Paris bermula tahun 2010 bagi mengumpul engumpul data serta kajian solusi terbaik.

Kajian selama hampir 10 tahun menghasilk­an serum putih yang likat namun un teksturnya yang lembut buat aplikasi yang mudah membantu merawat kulit daripada dalam. Setiap lapisan apisan sel kulit diperbaiki bukan sahaja daripada penjelmaan semula bintik hitam malah k kandungann­ya melepaskan agen yang dapat mengesan molekul yang m menghalang kulit daripad daripada terhidrat, rosak, anti oksida langsung m melepaskan bahan anti bakteria. Serum ini turut memfokuska­n pada pembebasan bintik hitam lantas mengurangk­an pigmentasi. Apabila permukaan kulit lebih t terjaga tanpa kusam ia serta merta mengurangk­an ak akumulasi melanin pada kulit wajah sekaligus mela melambatka­n pigmentasi dan pemakaian krim yang b berterusan dapat mengurangk­an rangsan rangsangan memori bintik hitam pada kulit wajah wajah. Kulit serta merta menyimpan sel memori pen pencerahan dengan lebih lama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1. DIOR PRESTIGE LIGHT- IN-WHITE MINERAL UV PROTECTOR BLEMISH BALM SPF50+ PA+++, RM 396 2. DIOR PRESTIGE LIGHTIN-WHITE LA SOLUTION LUMIERE SERUM, RM 1,452 3. DIOR PRESTIGE LIGHT- IN-WHITE THE MINERAL UV PROTECTOR CUSHION, RM 390
1. DIOR PRESTIGE LIGHT- IN-WHITE MINERAL UV PROTECTOR BLEMISH BALM SPF50+ PA+++, RM 396 2. DIOR PRESTIGE LIGHTIN-WHITE LA SOLUTION LUMIERE SERUM, RM 1,452 3. DIOR PRESTIGE LIGHT- IN-WHITE THE MINERAL UV PROTECTOR CUSHION, RM 390

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia