GLAM (Malaysia)

REVOLUSI TERBARU SUBLIMAGE

-

Pasti ada dikalangan anda yang sudah menjadi pengguna tegar r rangkaian Sublimage daripada Chanel. el. Namun tahukah h anda kini ada satu lagi tambahan kepada ada rangkaian berkenaan yakni Sublimage e L’Essence Lumiere ere yang memiliki lebih kuasa? Makmal penyelidik­an Chanel sudah sekian lama ma mengetahui keberkesan­an an vanilla planifolia dari Madagaskar dan ianya menjadi kandungan teras Sublimage. Sekarang Sublimage L’Essence Lumiere pula diperkenal­kan dengan kandungan terkini iaitu dari sejenis tumbuhtumb­uhan yang dinamakan anthyllis. Anthyllis terbukti mengandung­i molekul yang mampu merangsang kulit menerusi kualitinya yang terapeutik dan melalui kajian terperinci, ia bertindak sebagai pelindung ketahanan selular.

Semakin usia meningkat meningkat, kita akan perasan yang kulit hilang keanjalan, mudah kusam dan ada kalanya muncul tompokan hitam. Kita tidak mampu untuk menangani penuaan secara total namun kita boleh merawat kulit agar tampil muda dari asal. Sublimage L’Essence Lumiere mampu mengurangk­an kontras tona kulit kerana produk ini membantu mengawal kerosakan kulit hasil kesan dari faktor-faktor radikal pencemaran hingga hingg ke stres. Penggunaan yang konsisten akan memulihara kulit agar kembali kepada fizikal asal malah memperbaik­i warna serta tekstur kulit itu sendiri.

Cara pemakaiann­ya mudah. Hanya setitik Sublimage L’Essence Lumiere pada kedua belah pipi, dahi serta leher. Guna kedua belah tangan untuk mengurut wajah dari bahagian dalam menuju ke luar. Harga sebotol Sublimage L’Essence Lumiere bersaiz 40ml adalah RM1,942.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia