GLAM (Malaysia)

THE ILLUSIONIS­T

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR CHUAN LOOI/ GUCCI

Gucci meminjam idea kreatif daripada dunia kelab malam serta cita rasa indah pentas panggung era 70-an di kota Paris sebagai induk gaya himpunan musum bunga 2019. Elemen yang bold terus menjadi dominasi utama pentas serta siluet dramatik yang menggabung­kan palet berani terus mencabar erti gaya fesyen moden. Inikah kehidupan penuh samaran?

Alessandro Michele sekali lagi membawa batalionny­a ke Perancis. Ini adalah siri ketiga Gucci menjadikan kota fesyen terkemuka ini sebagai lokasi pertunjuka­n fesyennya. Kali pertama adalah kempen Gucci PraMusim Luruh 2018 yang mengambil ideanya daripada protes yang berlaku di Paris pada 1968 oleh pelajar-pelajar di sana. Kemudianny­a Gucci memilih untuk mementaska­n koleksi Pra-Musim Bunga 2019 di tanah perkuburan kuno yang terletak di Arles. Paling baharu, Michele memunggah almari orang pentas dan pengunjung kelab malam Le Palace di Paris sebagai gelanggang untuk acara Musim Bunga 2019. Ini adalah satu cara penghormat­an yang diberikan oleh Michele dan Gucci pada Paris sebagai kota penting fesyen.

Laksana seorang penglipur lara, Alessandro Michele memang raja dalam memberikan satu koleksi yang sarat drama. Gaya pertama keluar Freya Lawrence menyarung dress yang diperbuat menggunaka­n fabrik sarat labuci, serta digabungka­n dengan skarf bulu melilit di leher. Lebih dramatik dengan rantai bersaiz besar dan topi corak yang menutup mukanya memberi ilusi eksentrik. Gaya yang sempurna untuk menerbitka­n ilusi fesyen era 70-an dan stail sebeginila­h yang menjadi esen penting buat pengunjung kelab malam The Palace. Michele mahukan stail berlebihan dan punya sentuhan adibusana dalam himpunan Gucci Musim Bunga 2019.

Himpunan ini juga memberi penghormat­an kepada Leo dan Perla, orang penting dalam menaiktara­f seni panggung Itali kepada satu eksperimen yang cukup tinggi nilai seninya. Leo de Berardinis dan Perla Peragallo mencipta gerakan yang radikal untuk memberi persembaha­n panggung dalam cita rasa alternatif. Idea mereka mencabar sistem teater yang lama dengan menyusun semula distingtif yang berbezabez­a dalam genre yang pelbagai. Maka, ini dapat dilihat dalam gubahan fesyen Michele buat Gucci yang punya seribu macam idea dan digayakan dalam aliran satu pentas yang sama. Wujudnya dress yang dicedok era 80-an dan digabungka­n dengan elemen item penting awal 90-an. Hanya Michele yang bijak memadukann­ya tanpa ada rasa janggal.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia