GLAM (Malaysia)

SUNNY SIDE UP

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR MICHE AL KORS

Runway Michael Kors Collection menjadi pentas di mana warna, corak dan suasana ceria dirayakan dengan barisan peragawati ternama melewati lantai yang dibiarkan dengan kemasan simen. Gaya percutian ke pulau dan budaya sukan luncur air menjadi titik penting dalam persembaha­n kali ini. Apa yang penting, anda perlu siap sedia dengan floppy hat berpalet terang untuk melengkapk­an gaya musim bunga cara Michael Kors!

Masih terasa lagi sejuknya kota New York pagi itu, apatah lagi dengan lokasi pertunjuka­n fesyen Michael Kors yang bersebelah­an dengan sungai. Angin yang berhembus menusuk hingga ke tulang serta suasana pagi itu mendung bagaikan menanti hujan turun. Saya awal ke sana untuk berjumpa dengan Michael Kors sebelum acaranya berlangsun­g. Sebelum dibenarkan masuk, saya dan beberapa editor majalah lain yang juga bakal menemu ramah Michael Kors setia menunggu di luar, menikmati secangkir kopi untuk menghangat­kan badan. Sambil-sambil itu juga kami melihat peragawati yang bakal berjalan buat acara Michael Kors keluar daripada kereta masing-masing. Daripada Joan Smalls, Karen Elson dan Bella Hadid.

Michael Kors menyapa saya dengan senyuman dan soalan pertama dilontarka­n tentang apakah inspirasi koleksi musim bunga Michael Kors

Collection? “Bayangkan satu destinasi global yang mana semuanya terbang serata dunia yang bukan lagi dilihat jauh dan besar. Dunia kini boleh dilihat sebagai satu kawasan yang kecil. Maka mereka yang berlibur boleh mendapatka­n inspirasi gaya daripada semua negara. Mungkin sedikit daripada Malaysia, sedikit gaya Timur Tengah dan jet berlabuh di Australia,” ujar Michael Kors. Tambahnya lagi, koleksi kali in adalah buat wanita yang bersikap lebih optimistik, tidak terikat dengan aturan gaya ortodoks. Kors juga mahukan koleksi ini bisa membiaskan rasa segar dengan elemen yang romantik. Atas kunci gaya ini lah setiap gaya yang dipersemba­hkan dengan simbahan rona indah dan memiliki elemen muda. Gaya pertama yang dikeluarka­n adalah baju kemeja bercorak bunga dalam rona kuning dan biru serta dipadukan bersama skirt melewati lutut dalam warna jingga dan merah. Untuk melengkapk­an gaya ini, Kors memberi topi corak bunga dalam rona merah jambu dan hijau. Cukup romantik dan tinggi nilai femininnya. Ini yang membuatkan wanita tersenyum dan boleh pakai dengan bangga. Bukan sahaja simbahan corak bunga, koleksi Musim Bunga 2019 Michael Kors Collection turut bermain dengan motif persisiran pantai, jalur, bintik-bintik juga paduan fabrik pelbagai rona. Semangat gaya kembara ke pantai cukup kuat dalam koleksi ini. Kors berkongsi yang sebenarnya sebelum himpunan ini siap sedia, dia dan pasanganny­a menghabisk­an masa berlibur ke Bora-Bora dan Tetiaroa. Hatinya jua jatuh cinta pada artis seni asal Perth yakni Christina Zimple yang berasal daripada Perth, Australia. Semua ini menghadiah­kan idea pada Kors untuk menjulang gaya suasana pantai dengan palet segar ilham Zimple. Diversiti adalah penting buat Michael Kors dan diterjemah­kan pada seleksi peragawati yang berjalan untuk Michael Kors Collection. Sempat saya melontarka­n soalan tentang siapakah wajah global milik Kors? “Bosan jika kita hanya berpanduka­n pada satu kelas sahaja. Wanita global sekarang bijak dalam mendengar dan melihat apa yang memiliki seri di sekeliling mereka,” kata Kors. Dia turut berpendapa­t, fesyen global ini adalah momen di mana semuanya bisa dipinjam dan dijadikan elemen penting dalam gaya seharian. Jaket broked ke pantai? Tidak ada yang mustahil kerana Kors cadangkan gaya itu buat Musim Bunga 2019!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia