GLAM (Malaysia)

THE MAD DREAMERS

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR COACH

Estetik Coach terus menjulang Amerikana sebagai nadi kunci gaya rumah fesyen New York ini dan bagi himpunan musim bunga 2019, Stuart Vevers selaku pengarah kreatifnya memberi sisi lebih gagah pada gaya dress Prairie. Coach membawa pengikutny­a ke gurun sepi untuk mengenali sisi mereka yang lebih tough dan sarat fantasi alam.

Seperti biasa setiap kali Stuart Vevers mahu mereka satu koleksi buat Coach, dia akan mengambil masa untuk kembara ke kawasankaw­asan istimewa di Amerika Syarikat. Mungkin kerana dia bukan orang Amerika dan mengenai negara tersebut daripada kaca televisyen sahaja. Lalu, langkah terbaik untuk mengenali negara utama ini adalah untuk keluar daripada New York dan mengutip apa yang dikiranya unik untuk dijadikan nadi penting pada setiap koleksi di Coach. Maka, kali ini hatinya terpaut pada keindahan gurun Ghost Ranch yang terletak di Santa Fe. Ia merupakan tempat bersejarah kerana mempunyai peninggala­n fosil serta menjadi inspirasi pada pelukis seni George O’Keeffe.

Debu dan pasir gurun itu seakan meniup semangat berbeza pada Vevers untuk mereka koleksi baharu Coach. Ini amat dirasakan dan begitu ketara sekali pada set yang dibina untuk persembaha­n musim bunga 2019 Coach. Melangkah masuk ke set yang serba gelap itu, kami

semua disambut dengan satu rekaan dinosaur yang dibina menggunaka­n n besi-besi lama dan diletakkan di tengah-tengah lantai penuh pasir untuk k mencipta gurun Ghost Ranch. Dalam gelap gelita itu, bunyi muzik memberi laungan yang menyemarak­kan perasaan dan berasa seakanakan melangkah masuk ke festival muzik! Elemennya menyuntik rasa festival Burning Man yang sering diadakan di gurun pasir negeri Nevada.

Festival ini adalah satu acara penting kalendar di Amerika Syarikat dan mereka semua berbusana unik. Maka bagaimana Vevers menyatukan elemen unik dan lasak daripada Burning Man dengan jati diri Coach asal New York? Dengan penuh bijaksana, Vevers memilih untuk memberikan fokus pada penggunaan material kulit dan juga esen penting jenama Coach dress labuh Prairie. Katia Andrea, wajah utama pertunjuka­n musim bunga 2019 Coach keluar dengan gaya rambut botak k serta berbusana jaket kulit dan dress yang diindahkan dengan ropol. Kemasan k kotor debu membangkit­kan rasa dan menggambar­kan seolah-ola seolah-olah Andrea ini baharu saja pulang menikmati momen indah dan berfantasi sendirian di gurun. Dalam bingit muzik punk yang berkumanda­ng, Vevers berjaya a membin membina identiti baru gaya Coach dengan menyuntik rasa romant romantik. Tidak berkiblatk­an gaya lembut yang selalu menjadi i kunci gaya musim bunga, di Coach gaya romantikny­a lebih

teguh dan kuat. Ramuan yang digabungka­n adalah gaya western dan cita rasa era Victoria yang cukup dekat dengan Stuart Vevers, kerana itulah tumpahnya darahnya. Baju blaus yang direka dengan ropol dari leher menjalar ke lengan digayakan dengan seluar denim. Pada baju juga diberikan perincian sulam tampal yang boleh dikira sebagai satu teknik turun temurun orang Amerika.

Adut Akech keluar daripada belakang pentas dengan menyarungk­an baju panas labuh berserta dress Prairie labuhnya menyapu lantai debu. Sekilas pandang, ia mungkin satu gaya biasa. Namun, Vevers meletakkan motif tiga ekor kucing daripada filem kartun The Aristocats. Selang beberapa gaya keluar pula Kaia Gerber dalam stail yang hampir sama Cuma dress ropolnya hingga ke lutut dan baju kaitnya pula dihiasi dengan karakter buaya yang menyerupai Captain Hook daripada kisah dongeng Peter Pan. Ini adalah salah satu kolaborasi penting Coach bersama Disney dan Vevers mahu memberikan ilusi lebih muram pada konteks ceria ini.

 ??  ??
 ??  ?? SELENA GOMEZ KAIA GERBER
SELENA GOMEZ KAIA GERBER
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia