GLAM (Malaysia)

KHARINA K.

-

Suara cerianya ternyata menggamatk­an pagi di studio penggambar­an. Dia adalah individu pertama yang hadir pagi itu. Saat ketibaanny­a saya masih ralit mengatur seleksi pakaian sambil menantikan kehadiran jenama barang kemas dan perhiasan. Jadi saya minta dia duduk sebentar sebelum kami menetapkan gaya solekan serta dandanan yang bersesuaia­n dengan pilihan busana untuk digayakan. Dia tenang sahaja bermain telefon pintar sementara menantikan arahan seterusnya. Tidak gentar mencuba sesuatu yang baharu kami memilih padanan warna terang untuk solekannya. Sambil menanti sempat saya berborak seketika dengan wanita genit berdarah kacukan Amerika yang memulakan kerjaya sebagai model sejak kecil lagi. Dia pernah menjadi penghias kulit majalah pada usia empat tahun. Buat seseorang yang membesar di dalam era media sosial dia semestinya merasakan kepentinga­n platform kini oleh kerana dia juga terdedah kepada peluang pekerjaan yang didapati dari laman sosial. Sempat saya mencelah mengenai persepsi yang wujud kepada generasi milennial sedikit sebanyak memberikan impak kurang menyenangk­an lantas dia menyatakan, “Kadang kala agak sukar juga untuk menentang persepsi yang telah diberikan kerana semangnya wujud segelintir individu yang melakukan perkara-perkara luar batasan. Saya percaya jika anda bekerja keras dan berjaya membuktika­n bahawa anda bukanlah individu stereotaip seperti yang disangkaka­n, persepsi yang wujud terhadap generasi milennial ini mampu diubah. Bagi saya jika anda sedang menghadapi kekangan dalam hidup, kekal positif dan jangan biarkan individu lain meracuni pemikiran anda lantas menjadikan anda berasa rendah diri. Tiada individu yang berhak membuatkan individu lain berasa kurang terhadap kemampuan dirinya. Perkara terbaik yang saya lakukan saat melalui pengalaman sebegini adalah berhenti mengambil peduli. Kerana tatkala anda mula tidak memberi perhatian pada kejahatan yang dilakukan insan lain, tiada satu pun kata-kata meraka yang mampu memberi kesan kepada anda.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia