GLAM (Malaysia)

FARIZA SAKINA

-

Pagi itu dia menjinjit tas Goyard dan bergaya kasual. Fariza Sakina ramah menyapa saya walaupun itu adalah kali pertama kami bertemu. Kebetulan pula wanita yang bertugas di Accenture ini sedang dalam bercuti dan akan terbang menuju ke London sebelum ke Switzerlan­d untuk percutian skinya pada keesokan harinya. Bagaikan sehelai kanvas dia begitu terbuka mencuba gaya yang kami usulkan padanya tanpa banyak bertanya. Biarpun kedua ibu bapanya berasal daripada Sabah, Fariza dibesarkan di Kuala Lumpur tetap bangga menyatakan dirinya berasal daripada Sabah. Dengan kelulusan dalam bidang Sains Politik daripada University College London dan sebelum itu menamatkan pendidikan di Wycombe Abbey ternyata dia seorang yang begitu mementingk­an pendidikan. Melihat dirinya sebagai tokoh korporat pada masa hadapan, Fariza bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang rapat, sarat kasih sayang dan cinta untuk sesama mereka. Saat diajukan mengenai persoalan gaya dan stail saya tertarik dengan pilihan jawapannya. “Gaya saya juga tidak boleh ditakrifka­n pada gaya tertentu. Seperti karya seni, stail seharusnya menjadi refleksi personalit­i seorang artis juga moodnya. Ia haruslah jujur dan peribadi juga jangan jadikan diri hamba kepada fesyen. Kadang kala saya berasakan seakan gaya Grace Kelly dan mahu mendengar pada sentuhan muzik Frank Sinatra manakala pada hari lain jiwa rock saya terserlah dan memilih untuk mendengar dendangan Kurt Cobain. Saya tidak pernah mengikuti trend semasa dalam memilih padanan gaya.”

 ??  ?? TAMPIL MANIS DALAM PADANAN SKRIT DAN JAKET MESH FENDI DISEMARAKK­AN BERSAMA PILIHAN BARANG KEMAS DAN JAM TANGAN BULGARI. TAS TANGAN OLEH VERSACE
TAMPIL MANIS DALAM PADANAN SKRIT DAN JAKET MESH FENDI DISEMARAKK­AN BERSAMA PILIHAN BARANG KEMAS DAN JAM TANGAN BULGARI. TAS TANGAN OLEH VERSACE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia