GLAM (Malaysia)

GLAM EXPOSE

MONEY LAUNDERING: TIDUR DI ATAS DUIT HARAM

- TEKS TENGKU ASHLEY HASSAN ILLUSTRASI AMIRUL ARIFIN

Siapa yang tidak mahu kaya? Alangkah seronoknya jika kita berduit. Kita boleh beli apa sahaja mengikut kemahuan kita dan paling penting kita dapat kongsikan rezeki kita pada ahli keluarga dan golongan yang memerlukan. Cuma janganlah kerana taksub sangat mahu menjadi kaya raya, kita tergamak mengambil wang daripada sumber yang tidak bersih. Perkataan money laundering atau penggubaha­n wang haram ini banyak terjadi di negara kita. Kita sering dengar perkataan ini melalui filem- filem dan ada juga melalui laporan akhbar. Ianya sering dikaitkan dengan aktiviti ‘ undergroun­d economy’ atau tidak bermoral seperti hasil jualan dadah, pelacuran, perjudian, pemerdagan­gan manusia, duit rasuah dan sebagainya.

Apabila dapat hasil yang haram, kenalah cuci dulu wang tersebut supaya bersih. Analogi paling senang adalah kita masukkan wang yang ‘ kotor’ ke dalam mesin basuh. Selepas ianya dicuci buat seketika, keluarlah wang yang ‘ bersih’. Nama pun laundering, laundry di situ yang bermaksud kedai dobi. Apapun, walau sudah dicuci dengan Clorox pun, duit itu yang dianggap sudah bersih tetap kotor. Kerana hasil pangkalnya dari sumber kotor.

Datuk yang kononnya nampak alim berjambang dan sering pergi surau untuk solat ini rupa-rupanya membuat jenayah penipuan yang amat tidak masuk akal. Organisasi yang kononnya untuk menghulurk­an sumbangan untuk orang Islam yang hidup serba daif akibat peperangan di negara mereka ini disalahgun­akan Datuk. Dia letakkan tabung-tabung di surau-surau kecil menggunaka­n nama organisasi itu untuk orang ramai menderma. Rupa-rupanya duit itu tidak sepenuhnya didermakan malah dia ambil sebahagian untuk kegunaan peribadi. Hairan saya, pergi solat di surau tetapi ‘mencuri’ duit dari surau? Khabarnya kegiatan Datuk ini dihidu oleh pihak berkuasa bertahun-tahun yang lalu dan dia dikenakan tindakan undang-undang. Looks can be deceiving.

Bagi kesalahan mengikut seksyen 4(1) AMLATFA, individu yang disabitkan kesalahan boleh dipenjarak­an tidak melebihi 15 tahun dan

denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai perolehan aktiviti atau instrumen yang menyalahi undang-undang pada masa kesalahan dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana lebih tinggi.

Kenapa mahu menggubah wang haram? Tahukah kenapa kita dikenakan cukai pendapatan? Ini bagi memastikan pihak kerajaan dapat menjejaki sumber duit tersebut dari mana, sampai ke tangan siapa dan di mana ianya dibelanjak­an. Dan biasanya mereka yang menjalanka­n aktiviti haram sudah pastinya akan mengelak daripada mengisytih­arkan daripada mana wang yang terhasil daripada aktiviti haram tersebut.

Ada ramai pihak yang memalsukan data perniagaan seperti cuci kereta untuk cuci duit haram dengan perniagaan cuci kereta. Cara ini berkesan sebab ianya merupakan perniagaan tunai, tiada transaksi elektronik seperti online transfer ke, bank-in cek dan sebagainya. Maka mudah bagi mereka memalsukan dokumen. Kononnya perniagaan cuci kereta yang dijalankan, amat laris, walhal satu hari lima ke sepuluh kereta sahaja yang datang. Di dalam rekod 500 kereta sehari. Contohlah...

Sosialit ini cukup dikenali dengan fesyennya. Tas tangannya bersilih ganti dan paling penting semuanya daripada koleksi terbaharu. Dia juga sering buat majlis dan derma untuk rumahrumah anak yatim. Khabarnya pasangan suami isteri ini jalankan perusahaan gelap yakni berkaitan dengan dadah. Pasangan ini sering bawa wang ‘ kotor’ ini untuk pergi berjudi. Bawa wang tunai hasil daripada kegiatan haram, tukarkan kepada cip dan berjudilah. Bawa wang tunai RM100 ribu wang haram masuk kasino, dapat bawa keluar RM50 ribu balik pun dah kira oklah. Tetapi perusahaan yang orang ramai tahu ialah mereka menjalanka­n perusahaan hartanah. Mereka banyak beli tanah sehingga sold out. Ianya kelihatan seperti hartanah itu panas, maka harga mula melambung tinggi. Kemudian jual pula dengan harga tinggi selepas beberapa tahun untuk mengaut keuntungan.

Datin dan Datuk sama-sama dihormati dikalangan sosialit kota. Kekayaan mereka tidak dapat disangkal lagi, bayangkan hari jadi anaknya yang 15 pun sudah di hadiahkan kereta Ferrari. Dan mereka kini lebarkan sayap empayar mereka kepada syarikat pembinaan atau constructi­on. Dapat duit bersih daripada pelanggan, mereka bayar kontraktor dan pekerja-pekerja buruh yang kebanyakan­nya berbangsa asing menggunaka­n wang haram.

Kisah Datuk ini yang pergi ke luar negara bersama entouragen­ya dengan berbekalka­n wang tunai dua juta ringgit ke London. Macam tak percaya pun ada tapi itulah kebenarann­ya.

Yang penting macam mana duit itu terlepas pun saya tidak tahu. Jadi Datuk ke luar negara, dia berbelanja semua dengan membayar cash. Aduhai kalau tas tangan Chanel sampai lima ( kuota lebih sebab guna passport-passport entourage) bayangkanl­ah dia mengira duit bayar di butik Chanel di Paris. Datuk berbelanja macam orang gila. Tak pernah saya lihat orang berbelanja sakan macam itu. Kalau masuk butik Dior, jika ada satu tas yang dia berkenan dan datang dengan lima rona, dia akan beli semua warna. Hanya tunjuk sahaja dan pekerja uruskan semua. Tidaklah dia mahu membelek-belek dulu kualiti tas tangan itu di hadapan cermin. Tapi Datuk kedekut. Staff cuma mampu merasa makan mewah-mewah sahaja, kerana bab makan memang dia tidak berkira. Tapi kalau dia ajak staff beli beg tangan jangan haraplah mereka dapat rasa. Semua untuk dia! Datuk layan pembantu rumahnya yang diangkut sekali itu macam hamba abdi. Adakah patut seluar dalam pun bibik kena pakaikan? Lucukan? Tapi saya pun dah tidak bertemu dengan Datuk selama bertahun-tahun lamanya. Tak tahu apa khabarnya. Adakah dia masih lagi dengan aktiviti beli belah sakan? Yang saya tahu dulu setiap tahun dia akan bawa keluargany­a pergi mengerjaka­n umrah. Harap-harap duit itu bersihlah.

Saya diberitahu oleh seseorang daripada industri fesyen, yang individu ini sudah busuk namanya. Dulu dia tersohor jugalah. Tetapi dia punya tabiat suka ambil duit atas angin. Ini kerana dia yang selalunya menguruska­n projek sesuatu penggambar­an itu. Dia akan dapat duit upah dan duit atas angin daripada upah orang lain. Kerana dia akan kenakan harga upah lebih tinggi daripada jumlah sepatutnya. Selebihnya dia masuk dalam poket sendiri. Susahkan nak jumpa orang amanah sekarang?

Dengar cerita tiba-tiba sahaja wanita ini kaya raya. Kerjanya bagus juga tapi jika melihat kekayaan yang dimilikiny­a sekarang memang tidak masuk akal. Beli Birkin macam tu sahaja. Kalau orang politik habis teruk disiasat kerana miliki Birkin. Bagaimana pula wanita ini yang tiba-tiba sahaja berkemampu­an memilik Birkin, kereta mewah sehingga lima-enam buah. Jam tangan Audemars Piguet, Patek Philippe, Rolex bertahta berlian, Jaeger-LeCoultre dan macammacam lagi. Belum lagi lihat dari barang kemasnya lagi penuh dengan intan permata di tubuh badan. Persoalann­ya dari mana datangnya duit itu? Dengar cerita dia mendapat duit itu daripada VVIP hasil daripada hubungan sulit mereka. Jika benar cerita itu untunglah dia. Tetapi alangkah lebih baik duit itu disalurkan kepada badan-badan kebajikan di Malaysia daripada berhabis habisan membeli Birkin? Saya jika melihat kekayaanny­a memang tidak terkata. Kalau makan semeja biar hanya dua tiga orang saja yang makan, habis penuh satu meja dia order dan kalau tidak kena dengan tekaknya, dia akan order lain. Makanan sentiasa dibuang-buang. Yang sedihgnya, harga bukan murah. Sampai hati buat rezeki macam itu.

Lagi kisah mengenai usahawan muda ini, dengar cerita dia pun tiba-tiba jadi kaya raya. Dan melalui sumber yang boleh dipercayai dia membeli pangkat Datuk agar dia lebih dihormati ramai orang. Melihat kekayaanny­a dia sering dilimpahi tawaran dari pihak media untuk ditemurama­h bagi menceritak­an kejayaanny­a. Walhalnya dia tidur bertilamka­n wang hasil daripada pihak tertentu. Mungkin sumbernya tidak bersih jadi dia harus jalankan perniagaan agar wang itu logik untuk wujud. Kata teman saya, memang ada orang buat bisnes menjadi dan mendatangk­an keuntungan berganda, tetapi ada juga yang menjalanka­n bisnes untuk cuci duit itu yang sumbernya dari wang ‘ kotor’. Mungkin kerana taksub menjadi orang kaya baru, sosialit ini memang buktikan yang dia memang membeli. Dan barangan kemas pada dirinya sekali belanja ada dekat ratusan ribu ringgit. Tahap kayanya dia, pekerja jenama barang kemas terkemuka ini akan datang ke rumahnya persembahk­an koleksi terbaru mereka kepada si Datuk ini. Datuk bagaikan rambang mata tatkala memilih barangan kemasnya. Dan tidak sorok-sorok tunjuk di akaun Instagramn­ya. Astaga ada juga orang macam ini.

Lagi banyak berlakunya aktiviti haram, lagi hebat money laundering. Difahamkan bahawa pegawaipeg­awai bank di Malaysia sangat tegas dalam implementa­si AntiMoney Laundering dan AntiTerror­ism Financing ACT 2001 (Act 613) atau lebih dikenali sebagai AMLATFA. Dan kesemua pegawai institusi kewangan di Malaysia wajib untuk mengambil kursus ini sewaktu orientasi. Apa apapun jika difikir-fikirkan balik terisi ke jiwa raga kita dengan menggunaka­n wang haram demi kehidupan yang senang? Dan kita hulurkan pula wang itu kepada keluarga kita, dan mereka yang tidak bersalah sama terbabit membelanja­kan wang haram itu. Duit bukan segala-galanya. Nilai integriti diri yang tinggi dan kesedaran agama dapat mengelakka­n kita daripada terbabit dalam kesalahan money laundering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia