GLAM (Malaysia)

IKONIK B.ZERO1 DUA PULUH TAHUN

Ulang tahunnya dirai penuh gemilang. Yana Baharudin ke Rom bersama Scha Alyahya dan Awal Ashaari turut bertemu most influentia­l model merangkap duta terbaru, Bella Hadid!

- OLEH YANA BAHARUDIN G AMBAR BULGARI GAMBAR AWAL & SCHA DAVID AT L AN

Seminggu bersama Bulgari dari Rom hingga ke Milan adalah satu pengalaman yang cukup indah. Mengetahui lebih erat tentang kehebatan rekaan yang dirai, B.zero1 ia turut memberi peluang kepada saya melihat lebih dekat himpunan-himpunan agung high jewelery Bulgari yang eksklusif yang hanya boleh dibeli dari butik di Via Dei Condotti Rom. Petang itu turut dijadualka­n saya bertemu dengan wanita yang menjadi tulang belakang kepada barang kemas Bulgari, Lucia Silvestri juga merupakan insan yang cukup akrab dengan adik beradik Bulgari. Katanya mereka inilah juga yang mengajarny­a jatuh cinta pada permata nilam. Pada usia 18 tahun Lucia memulakan kerjayanya di jenama barang kemas ini dibawah jabatan gemologi. Sedari itu di banyak belajar mengkaji warna-warna pada batu permata serta energi yang terisi dalam kehebatan batu permata itu. Malah, dia jugalah individu penting bagi memilih dan mencari batu permata terbaik buat keluarga Bulgari.

Sepanjang penglibata­nnya, B.zero1 menyimpan pelbagai kenangan manis buat Lucia. Proses rekaan dan penghasila­n mengajarny­a banyak perkara. Sehingga hari ini kumpulan kreatifnya masih bereksperi­mentasi dengan material dan bahan tatahan terbaik buat himpunan ini. “Never stop learning for this one”. Saya memandang cuffed earrings yang dipakainya, cukup edgy dan cool. “Ini anting-anting prototype B.zero1, tidak pernah lagi dikeluarka­n.” Dileher, tangan serta jari Lucia dipenuhi dengan rekaan B.zero1 dan dia menekankan bahawa teknik layering adalah

alternatif yang bijak bagi menggayaka­n barang kemas ini. Ditanya apakah antara momen yang tidak d dapat dilupakan sepanjang penghasila­n B B.zero1? Kolaborasi B.zero1 bersama mendiang Z Zaha Hadid, jawabnya. Lucia adalah peminat s seni mendiang arkitek itu dan bekerja bersama wanita buat wanita adalah satu momen yang i istimewa buatnya hingga kini. Malangnya d dia tidak sempat meraikan keseronoka­n itu be bersama-sama lagi. Pengalaman penuh emosi it itu menjadikan anting-anting emas kuning dan emas merah dari himpunan kolaborasi dari lapa lapangan barang kemas mewah dan seni bina mula yang dilakarkan sekitar 2015 itu adalah item sentim sentimenta­l buatnya hingga kini.

RETROSPEKT­IF RET B.ZERO1

Cincin Cin B.zero1 pertama dilahirkan adalah tahun 1999. 199 Rekaan timeless serta keunikanny­a dalam mempelbaga­ikan me material menjadikan­nya lebih unik. u “B” adalah merujuk kepada Bulgari dan “zero1” adalah berpanduka­n kepada barang kemas pertama yang melancarka­n gabungan material emas bersama seramik dan marmar. Sememangny­a komunikasi antara bahan sejarah dan seni kreatif

cukup lantang di Bulgari, maka terlahirny­a barang kemas hasil dari banggunan bersejarah di Rom iaitu Colleseum berbentuk sfera ini. Initipati yang cukup kuat inilah yang dapat melahirkan seni baru dan himpunan ini juga pernah bekerjasam­a dengan skluptur British hebat, Anish Kapoor.

PARTI XX

Februari di Rom turut memperkena­lkan dutanya, Bella Hadid. Hadir bergaun merah berahi rekaan Versace menyambut kedatangan kesemua hadirin termasukla­h para influencer dari serata dunia. Bertempat di Auditorium Parco Della Musica refleksi pada wajah seni bina kontempora­ri Roman yang direka oleh arkitek, Renzo Piano. Malam itu turut melancarka­n gambar kempen yang dirakam oleh juru foto Mario Sorrenti. Tetamu undangan khas dari Kuala Lumpur Scha Alyahya dan Awal Ashaari turut bertemu model hijab terkemuka, Halima, TK Wonder dan Capriana Quann serta Noonoouri. Malam penuh meriah yang di host oleh Anna Cleveland itu turut menyingkap memori hangat dengan lagu lagu yang dimainkan oleh Superstar Dj Amerika, Diplo!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HALIMA ADEN DAN JASMINE SANDERS
HALIMA ADEN DAN JASMINE SANDERS
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LUCIA SILVESTRI BERSAMA AWAL DAN SCHA
LUCIA SILVESTRI BERSAMA AWAL DAN SCHA
 ??  ?? GHALI
GHALI
 ??  ?? DIPLO
DIPLO
 ??  ??
 ??  ?? LADY KITTY SPENCER
LADY KITTY SPENCER
 ??  ??
 ??  ?? TIMBALAN PENGARANG, YANA BAHARUDIN BERSAMA BELLA HADID
TIMBALAN PENGARANG, YANA BAHARUDIN BERSAMA BELLA HADID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia