Harian Metro

Alat ganti ‘cap ayam’ cetus api

- Mohd Fadly Samsudin dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

„ Lambakan komponen tidak berkualiti dorong kebakaran

Lambakan alat ganti tiruan ‘cap ayam’ di pasaran menjadi salah satu punca insiden kebakaran kenderaan mendadak semakin kerap dilaporkan berlaku.

Siasatan forensik mendapati aksesori tambahan tidak bermutu seperti lampu, fius, sistem audio, alat penggera dan sistem penggera tidak berkualiti boleh menjadi punca kebakaran.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasata­n Jabatan Bomba Penyelamat Negeri Selangor Penguasa Kanan Bomba I Zakaria Muhd berkata, penggunaan alat ganti tiruan pada kenderaan boleh menjurus kepada punca sesebuah kereta terbakar.

“Berdasarka­n pengalaman

menyiasat punca kenderaan terbakar, pasukan forensik mendapati ia berpunca alat ganti pada kenderaan dipasang tidak berkualiti.

“Alat ganti yang tidak berkualiti ini mudah rosak apabila berfungsi dengan komponen yang asli. Ia tidak mampu menampung fungsi sebenar alat ganti asli yang

lebih berkualiti,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, lambakan alat ganti tiruan ini semakin menjadi-jadi apabila mendapat permintaan tinggi daripada pemilik kereta kerana ia lebih murah berbanding yang asli.

“Pemilik kenderaan lebih gemar menggunaka­n alat ganti tiruan berbanding yang asli kerana beranggapa­n akan lebih jimat. Terdapat juga pemilik kenderaan yang tidak tahu komponen kenderaan mereka digantikan dengan alat yang tidak bermutu.

“Sikap pemilik kenderaan yang suka mengubah suai kenderaan masing-masing juga menjadi punca kejadian kereta terbakar walaupun menggunaka­n alat yang berkualiti tinggi.

“Mereka mengubah suai sistem pendawaian atau alat elektronik dengan cara salah atau menggunaka­n khidmat mekanik yang tidak mempunyai kepakaran yang betul.

“Selain kecuaian pemandu atau kemalangan yang memang membabitka­n kebakaran, alat ganti tiruan ini menjadi salah satu punca kejadian kereta terbakar dengan mendadak,” katanya.

Beliau menafikan suhu panas menjadi punca kejadian kebakaran mendadak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia