Harian Metro

Bina rahang guna tulang rusuk

- Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

„ Bayi perempuan hidap masalah Treacher Collins Syndrome perlu bantuan pembedahan RM50,000

Seorang bayi perempuan berusia setahun yang dilahirkan tanpa rahang, lelangit berlubang serta cacat pada wajahnya memerlukan sumbangan orang ramai untuk membolehka­nnya menjalani pembedahan segera.

Amni Umairah Basri menghidap masalah Treacher Collins Syndrome yang menghalang pembentuka­n tengkorak, pipi dan tulang rahang normal turut menyebabka­n dia sukar bernafas, memerlukan kos lebih RM50,000 untuk pembedahan.

Ibunya, Azlina Arshad, 39, berkata, dia tidak mampu menyediaka­n wang sebanyak itu buat anak bongsu daripada tujuh beradik disebabkan pendapatan keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada suami, Basri Ibrahim, 52.

Katanya, Basri hanya bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM700 sebulan menyebabka­n mereka sukar menyimpan untuk pembedahan anak mereka.

“Sangat sukar untuk mengumpulk­an wang memandangk­an kami masih ada lima anak yang bersekolah rendah dan menengah.

“Tambahan pula kos pembedahan yang diperlukan itu tidak termasuk kos sampingan lain seperti penginapan, makan minum dan bayaran lain.

“Disebabkan itu, urusan rawatannya asyik tertangguh saja,” katanya yang tinggal di kawasan penempatan mangsa banjir di Kem Sungai Durian, di sini.

Dia mengakui mereka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan yang digunakan sepenuhnya untuk membeli susu khas Amni Umairah.

Bercerita lanjut mengenai kesengsara­an anak bongsunya, Azlina berkata, Amni Umairah dilahirkan dengan bukaan mulut terhad hingga sukar bernafas sendiri dan pembedahan segera perlu dibuat untuk membetulka­n keadaan itu.

“Pembedahan ini membabitka­n pembukaan saluran pernafasan bagi memudahkan pernafasan dan kini dia bernafas menerusi tiub yang sentiasa dipasang pada leher.

“Bagaimanap­un, mulut Amni sentiasa berair dan mudah berkahak, perlu dibersihka­n setiap hari menggunaka­n mesin khas.

“Jadi dalam pembedahan kali ini, doktor mahu membina semula sendi rahang bawah Amni dengan tulang rusuk supaya dia tidak perlu menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

“Malangnya, kos tinggi membantutk­an perkara itu,” katanya yang sedih melihat penderitaa­n Amni Umairah.

Menurutnya, Amni Umairah masih tidak dapat merasa makanan pepejal dise-

babkan keadaannya dan bergantung kepada susu khas yang diberikan setiap tiga jam.

“Pernah dia masukkan kertas ke dalam mulutnya dan kertas itu melekat di ruang dalam hidung sehingga

terpaksa dibedah untuk mengeluark­annya,” katanya yang reda dengan keadaan anaknya.

 ??  ?? AZLINA (tengah) dan enam lagi anaknya yang lain melayan Amni Umairah (tiga dari kiri).
AZLINA (tengah) dan enam lagi anaknya yang lain melayan Amni Umairah (tiga dari kiri).
 ??  ?? SHEIKH Ahmad Dusuki
SHEIKH Ahmad Dusuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia