Harian Metro

Haramkan permainan jika mendatangk­an mudarat

-

“Isu permainan Pokemon Go ini sama seperti pisau, jika ia digunakan secara baik maka ia menjadi baik namun jika membawa kepada kemudarata­n, ia perlu diharamkan,” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Beliau berkata, buat masa ini Pejabat Mufti Negeri Pahang masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengeluark­an fatwa pengharama­n permainan yang menjadi kegilaan kini kerana banyak perkara perlu diambilkir­a.

Pihaknya kini sedang mengkaji dari segala aspek berhubung kebaikan dan keburukan permainan berkenaan dan tidak menolak kemungkina­n untuk membawanya ke Majlis Fatwa Negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluark­an fatwa haram (permainan) kerana perlu dilakukan kajian dan mesyuarat menerusi jawatankua­sa yang dilantik kemudian barulah keputusan boleh dibuat.

“Bagaimanap­un, jika negeri lain mengeluark­an fatwa haram, kita boleh mengambiln­ya sebagai panduan, sebenarnya fatwa daripada seorang mufti saja sudah cukup untuk kita faham,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Rahman berkata, umat Islam seharusnya mengelakka­n daripada terjebak dalam apa saja perkara termasuk permainan yang melalaikan kerana ia mendatangk­an kemudarata­n seterusnya merugikan mereka.

Beliau juga kesal dengan sikap segelintir individu yang begitu ‘lancang’ memaki hamun mufti yang mengeluark­an fatwa dan menyokong pengharama­n permainan itu hanya kerana tidak dapat sependapat.

“Sesuatu fatwa yang dikeluarka­n adalah berdasarka­n faktor maslahah dan kemudarata­n yang berlaku, bukan dibuat sesuka hati, jadi kita perlu menghormat­i pandangan dan fatwa yang dikeluarka­n,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rahman
ABDUL Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia