Harian Metro

18 pegawai bertukar, naik pangkat

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumka­n pertukaran serta kenaikan pangkat 18 pegawai kanan polis berkuat kuasa 8 September 2016.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitka­n Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya yang ditukarkan memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmat­an/Penjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmat­an/Penjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Asri Yusoff bakal menggantik­an Ketua Polis Kedah.

“Setiausaha PDRM Datuk Mohd Khalil Kader Mohd kekal dengan jawatan sama dan memangku pangkat Deputi Superinten­dan. Manakala Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/Atip/Asom, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Roslee Chik ditukarkan dengan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Asmawati berkata, Timbalan Pengarah (Perancanga­n Strategik/Inspektora­t) JSJ Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ditukarkan Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/Atip/Asom JSJ Bukit Aman.

Katanya, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah (Perancanga­n Strategik/Inspektora­t) JSJ Bukit Aman memangku pangkat Senior Asisten Komisioner polis.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abd Razak ditukarkan sebagai Asisten Komisioner Seksyen Pengurusan Kualiti, Urus Setia KPN (Penyelidik­an dan pembanguna­n) Urusetia pejabat KPN Bukit Aman.

Manakala, Penolong Pengarah Perjawatan (Audit), Unit Perjawatan/Audit, Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Asri Md Akhir ditukar ke jawatan Penolong Pengarah (Perancanga­n dan Pembanguna­n Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pegawai kanan lain yang turut terbabit dengan pertukaran dan kenaikan pangkat diumumkan ini ialah Superinten­dan Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, Superinten­dan Mongudal Koromol@Edward, Superinten­dan Ahmad Asri Jamaluddin, Superinten­dan Mohd Salled Abdullah, Superinten­dan Che Zaimani Che Awang, Superinten­dan Ashari Abd Ghani.

Mereka yang lain Superinten­dan Rosman Ismail, Superinten­dan Saiman Kasran, Superinten­dan Koh Seok Keng dan Superinten­dan Alzafny Ahmad.

 ??  ?? MOHD Khalil Kader
MOHD Khalil Kader
 ??  ?? ZAMRI Yahya
ZAMRI Yahya
 ??  ?? ROSLEE Chik
ROSLEE Chik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia