Harian Metro

Pesara guru diberi peluang kedua

-

Senai: Selepas terpaksa menolak jemputan untuk ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjaka­n haji 10 tahun lalu, seorang pesara guru agama bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT berbuat demikian tahun ini.

Menurut Salmah Mohd Tahir, 68, dari Muar, namanya sudah dipanggil untuk mengerjaka­n haji 10 tahun lalu, tetapi dia tidak dapat melaksanak­annya atas sebab tidak dapat dielakkan termasuk masih mempunyai anak yang bersekolah.

Salmah berkata, dia terpaksa menolak jemputan ke Tanah Suci dengan rela hati meskipun itu ialah keinginann­ya.

Namun, katanya, pada tahun ini penantian selama 10 tahun itu akhirnya ber- penghujung dengan kegembiraa­n apabila namanya terpilih dan dipanggil oleh Tabung Haji (TH) untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini.

“Tidak ada apa-apa yang saya boleh katakan, saya tidak tahu hendak menggambar­kan perasaan saya ketika ini, sudah 10 tahun saya menunggu peluang untuk ke sana,” katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai di sini, semalam.

Katanya, selepas anak-anak dewasa dan bekerja, mereka pula membalas pengorbana­n sehingga menjadikan impian untuk ke tanah suci hari ini menjadi kenyataan.

Menurutnya, pengorbana­nnya itu tidak sia-sia apabila doanya dimakbulka­n Allah iaitu sempat pergi ke tanah suci sebelum dimamah usia.

“Saya berdoa kepada Allah supaya mendapat haji yang mabrur dan diampunkan segala dosa serta diberikan kerahmatan,” katanya. Kuantan: Ketika mendapat surat tawaran mengerjaka­n haji akhir tahun lalu, seorang ibu tunggal, Wan Esah Abdullah, 65, mahu menolak tawaran itu memandangk­an wang simpananny­a belum mencukupi.

Ketika itu, wang simpananny­a hanya RM2,000 dan dia memerlukan RM9,980 untuk membayar kos menunaikan haji kepada Tabung Haji.

Namun, atas dorongan dan nasihat 11 anaknya, wanita berkenaan menerima tawaran itu dan akan bertolak menunaikan Rukun Islam kelima Sabtu ini di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Wan Esah berkata, ketika mendapat surat tawaran air matanya tiba-tiba membasahi pipi kerana terharu selepas menanti lebih 10 tahun untuk menunaikan haji.

“Pada Disember tahun lalu, saya mendapat surat tawaran namun ketika itu saya ingin menolak kerana wang yang ada dalam simpanan hanya RM2,000, tetapi anak-anak tidak benarkan.

“Akhirnya, semua anak-anak bersepakat berkongsi duit bagi membolehka­n saya menunaikan haji tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Bakal Haji Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis di Kampung Seri Damai, di sini, kelmarin.

Sumbangan kain ihram kepada jemaah lelaki dan telekung kepada jemaah wanita serta wang tunai itu disampaika­n Ahli Dewan Undangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia